Loading...

Di London, Ziyad lakar satu lagi rekod dunia

Loading...
Di London, Ziyad lakar satu lagi rekod dunia - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Di London, Ziyad lakar satu lagi rekod dunia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Di London, Ziyad lakar satu lagi rekod dunia
link : Di London, Ziyad lakar satu lagi rekod dunia

Baca juga


Di London, Ziyad lakar satu lagi rekod dunia

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR :  Atlet para Malaysia, Muhamad Ziyad Zolkefli memecah satu lagi rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London pada Sabtu.

Pada acara yang berlangsung di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, Muhammad Ziyad melakukan lontaran 17.29 meter (m), memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan pada temasya Sukan Paralimpik di Rio tahun lepas iaitu 16.48m.

Pingat perak diraih oleh atlet dari Ecuador, Stalin David Mosquera dengan jarak 16.61m manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012 Tod Hodgetts dari Australia membawa pulang gangsa dengan lontaran 15.94m.

“Saya datang ke sini untuk membawa pulang sesuatu kepada negara saya. Ini adalah rekod dunia kedua saya dan saya sangat bangga. Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk pencapaian ini.

Saya bangun pagi ini (Sabtu) dan berfikir mungkin saya dapat memecahkan rekod dunia.

“Saya selalu impikan untuk melakukannya dan malam ini saya berjaya. Rekod dunia, juara Paralimpik dan kini juara dunia – ia sangat bagus.

“Saya benar-benar tertekan apabila melihat jarak lontaran yang dibuat atlet Australia tetapi saya tahu ia tidak begitu jauh. Saya tahu ia salah. Saya sangat beremosi tetapi jurulatih menenangkan saya. Ini mengganggu saya tetapi sekarang saya sangat gembira memenangi acara ini,” kata Muhamad Ziyad seperti dipetik dalam laman web rasmi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Sementara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada atlet para Malaysia, Muhamad Ziyad Zolkefli atas kejayaannya meraih pingat emas dan mencipta rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London, Sabtu.

“Tahniah @yardzolkefli , menang pingat emas di #London2017 dan sekali lagi pecah rekod dunia ! #kebanggaanku #Negaraku #MAS,” kata perdana menteri menerusi catatan di laman Twitter rasminya, hari ini.



Thus Article Di London, Ziyad lakar satu lagi rekod dunia

Itulah artikel Di London, Ziyad lakar satu lagi rekod dunia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Di London, Ziyad lakar satu lagi rekod dunia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/di-london-ziyad-lakar-satu-lagi-rekod.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Di London, Ziyad lakar satu lagi rekod dunia"

Catat Ulasan

Loading...