Loading...

'Dia ada masalah kesihatan mental, saya wakil keluarga suspek mohon maaf kepada mangsa'

Loading...
'Dia ada masalah kesihatan mental, saya wakil keluarga suspek mohon maaf kepada mangsa' - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Dia ada masalah kesihatan mental, saya wakil keluarga suspek mohon maaf kepada mangsa', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Dia ada masalah kesihatan mental, saya wakil keluarga suspek mohon maaf kepada mangsa'
link : 'Dia ada masalah kesihatan mental, saya wakil keluarga suspek mohon maaf kepada mangsa'

Baca juga


'Dia ada masalah kesihatan mental, saya wakil keluarga suspek mohon maaf kepada mangsa'


MACHANG, KELANTAN - Susulan viral kes seorang lelaki mencabul dan cuba merogol seorang wanita di tandas sebuah stesen minyak Khamis lalu, ahli keluarganya tampil memohon maaf dan memberi penjelasan mengenai kejadian itu. 

Wan Rabiatul Adawiah Cekda berkata, suspek, Muhammad Samir bin Hassan, 25, mempunyai masalah kesihatan mental dan telah beberapa kali dimasukkan ke wad psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

"Saya salah seorang waris suspek kes ini memohon maaf di atas kes ini. Sebenarnya suspek ada masalah mental dan telah beberapa kali dimasukkan ke dalam wad psikiatri di Kota Bharu. 

"Mungkin ada yang terfikir, mengapa kami tak masukkan dia ke dalam wad sebelum kejadian ini. Untuk pengetahuan, bukan semudah ABC untuk kami masukkan suspek ke dalam wad. Kami perlu ada kes suspek mengamuk atau mencederakan orang, baru boleh dimasukkan ke dalam wad. 


"Sebelum kejadian ini, suspek baik-baik sahaja. Suspek juga bukan di bawah pengaruh pil ataupun dadah. Malah rokok pun suspek tak hisap," katanya. 

Jelas Wan Rabiatul lagi, jika suspek tidak mempunyai masalah kesihatan, lelaki itulah yang akan menjaga ibu dan neneknya di kampung. 


"Kalau fikir logik akal, boleh tengok video itu. Suspek tidak melawan, apatah lagi menutup muka dia. Ini kerana dia memang tidak sedar apa yang dia lakukan. Mungkin tak ada rasa apa-apa. 

"Saya wakil keluarga memohon maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa," katanya. 


Terdahulu, mangsa mendakwa suspek telah memanjat masuk ke dalam tandasnya semasa dia sedang membuang air kecil sebelum dicabul dan cuba dirogol oleh suspek. 

Bagaimanapun jeritannya meminta tolong berjaya membuatkan seorang wanita berhampiran pergi mendapatkan bantuan sebelum suspek ditangkap dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Berita berkaitan:
'Dia masuk, pegang bahu dan berkeras mahu merogol saya' - mangsa

Sumber : Gengviral


Thus Article 'Dia ada masalah kesihatan mental, saya wakil keluarga suspek mohon maaf kepada mangsa'

Itulah artikel 'Dia ada masalah kesihatan mental, saya wakil keluarga suspek mohon maaf kepada mangsa' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Dia ada masalah kesihatan mental, saya wakil keluarga suspek mohon maaf kepada mangsa' dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/dia-ada-masalah-kesihatan-mental-saya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Dia ada masalah kesihatan mental, saya wakil keluarga suspek mohon maaf kepada mangsa'"

Catat Ulasan

Loading...