Loading...

Gerakan mahu letak tiga calon di kerusi Parlimen Kuala Lumpur

Loading...
Gerakan mahu letak tiga calon di kerusi Parlimen Kuala Lumpur - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gerakan mahu letak tiga calon di kerusi Parlimen Kuala Lumpur, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gerakan mahu letak tiga calon di kerusi Parlimen Kuala Lumpur
link : Gerakan mahu letak tiga calon di kerusi Parlimen Kuala Lumpur

Baca juga


Gerakan mahu letak tiga calon di kerusi Parlimen Kuala Lumpur

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan meletakkan tiga calon yang bakal bertanding bagi kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
 
Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong mengumumkan mereka ialah Dr Dominic Lau Hoei Chai bagi kerusi Parlimen Batu, Ong Siang Liang (Kepong), dan Datuk Lau Hoi Keong (Segambut).
 
"Pada pilihan raya lalu kita telah bertanding dalam dua kerusi parlimen iaitu di Batu dan Segambut. Untuk pilihan raya akan datang ini kita berharap dapat bertanding di kawasan Kepong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Gerakan Wilayah Persekutuan 2017 di Kuala Lumpur.
 
Mah, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata parti itu telah bersiap sedia bagi menghadapi PRU14 pada bila-bila masa dari sekarang.
 
"Meskipun kita akui pada pilihan raya lepas prestasi Gerakan tidak begitu baik namun kita yakin dan optimis bahawa PRU-14 akan datang ini sokongan daripada pengundi kaum Cina bakal meningkat.
 
"Berdasarkan kajian, kami yakin bahawa sokongan pengundi kaum Cina akan bertambah lebih dari 30 peratus berbanding hanya 13.4 peratus pada pilihan raya umum lalu," katanya yang dipetik sebuah agensi portal berita.
 
Mah berkata berikutan prestasi yang kurang memberangsangkan pada PRU sebelum ini, Gerakan mengambil pendekatan mengumumkan bakal calon yang bertugas sebagai penyelaras di kawasan masing-masing bagi membolehkan pengundi membuat penilaian sendiri terhadap calon yang dipilih untuk mewakili kawasan mereka bertanding pada PRU14.
 
"Jika prestasi mereka tidak begitu memuaskan, pertukaran calon akan dilakukan.
 
"Ini merupakan satu langkah baharu bagi memantapkan serta memastikan kemenangan Gerakan pada PRU14," katanya.
 
 


Thus Article Gerakan mahu letak tiga calon di kerusi Parlimen Kuala Lumpur

Itulah artikel Gerakan mahu letak tiga calon di kerusi Parlimen Kuala Lumpur Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gerakan mahu letak tiga calon di kerusi Parlimen Kuala Lumpur dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/gerakan-mahu-letak-tiga-calon-di-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gerakan mahu letak tiga calon di kerusi Parlimen Kuala Lumpur"

Catat Ulasan

Loading...