Loading...

Gobind cabar Apandi: Tunjuk jejak dana RM2.6b

Loading...
Gobind cabar Apandi: Tunjuk jejak dana RM2.6b - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gobind cabar Apandi: Tunjuk jejak dana RM2.6b, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gobind cabar Apandi: Tunjuk jejak dana RM2.6b
link : Gobind cabar Apandi: Tunjuk jejak dana RM2.6b

Baca juga


Gobind cabar Apandi: Tunjuk jejak dana RM2.6b

MALAYSIAKINI


Anggota Parlimen Puchong mencabar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan perjalanan wang yang menyokong dapatan pihak berkuasa bahawa dana bernilai RM2.6 bilion dalam akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak benar-benar suatu derma.

"Apa yang susah sangat nak buat begitu?" kata Gobind Singh Deo melalui mesej teks kepada Malaysiakini hari ini.

Gobind mengulas kenyataan dibuat Apandi bagi menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ceramahnya malam tadi.

Bekas perdana menteri itu mendakwa Apandi menyembunyikan bukti berkaitan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib.

Gobind yang juga ketua biro undang-undang DAP berkata, Apandi sepatutnya tahu benar mengenai asas prinsip keadilan ialah tiada seorang pun berhak membuat penghakiman dalam sesuatu isu jika ia melibatkan kepentingannya sendiri.

Guna OSA

Justeru kata Gobind pengisytiharan Apandi dalam kes-kes yang melibatkan tingkah lakunya sebagai peguam negara dipertikaikan, tidak banyak banyak memberi kesan.

"Untuk meyakinkan rakyat Apandi patut mendedahkan laporan yang menunjukkan laluan wang berkenaan sepenuhnya sebelum beliau membuat keputusan muktamad (membersihkan perdana menteri daripada salah laku).

"Laporan itu mesti dibentangkan di parlimen dan terbuka kepada orang awam," katanya.
Kata Gobind Apandi perlu berani menyahut cabarannya itu.

"Lagi pun, seperti yang dikatakannya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau ada menyembunyikan sesuatu," katanya.

Bercakap dalam majlis ceramah Pakatan Harapan di Shah Alam malam tadi, Dr Mahathir berkata, jika gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya mereka akan memanggil Apandi untuk disoal berhubung penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk siasatan skandal 1MDB.

Bagaimanapun Apandi berkata apa yang dilakukannya sebagai peguam negara dalam siasatan itu dibuat berdasarkan kepada fakta yang terkandung di dalam kertas siasatan.

"Tiada apa untuk disembunyikan," kata Apandi kepada Malaysiakini.

Pada Januari tahun lalu Apandi membebaskan Najib daripada sebarang salah laku berhubung kewujudan dana RM2.6 bilion - didakwa sumbangan derma daripada hartawan Arab - dalam akaun peribadi perdana menteri itu.

Apandi juga mendapati Najib tidak terbabit dalam sebarang salah laku dalam isu bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Beliau juga menafikan dakwaan Jabatan Kehakiman AS yang mendakwa dana 1MDB diselewengkan.



Thus Article Gobind cabar Apandi: Tunjuk jejak dana RM2.6b

Itulah artikel Gobind cabar Apandi: Tunjuk jejak dana RM2.6b Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gobind cabar Apandi: Tunjuk jejak dana RM2.6b dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/gobind-cabar-apandi-tunjuk-jejak-dana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gobind cabar Apandi: Tunjuk jejak dana RM2.6b"

Catat Ulasan

Loading...