Loading...

Hanipa: Sebat bukan keutamaan ketika ini

Loading...
Hanipa: Sebat bukan keutamaan ketika ini - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hanipa: Sebat bukan keutamaan ketika ini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hanipa: Sebat bukan keutamaan ketika ini
link : Hanipa: Sebat bukan keutamaan ketika ini

Baca juga


Hanipa: Sebat bukan keutamaan ketika ini



Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan tindakan Kelantan meluluskan pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai kepada pesalah syariah di negeri itu menunjukkan kerajaan terbabit gagal memilih keutamaan dalam pentadbiran.

Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, berkata buat masa ini beliau tidak melihat pelaksanaan undang-undang itu perlu menjadi keutamaan di Kelantan.

"Pada saya kerajaan Kelantan ini menghadapi masalah memilih keutamaan.

"Adakah undang-undang sebat di khalayak ramai ini (perlu menjadi) keutamaan di Kelantan (sekarang)?" kata Hanipa dalam reaksinya kepada Malaysiakini.

"Saya tak fikir begitu. Saya rasa banyak isu lain khususnya membabitkan kepentingan rakyat yang perlu diutamakan. Contohnya, seperti isu sampah dan kebersihan," kata Hanipa.

Bekas ketua biro undang-undang PAS itu berkata demikian mengulas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) semalam.

Boleh bawa fitnah

Antara lain ia menyediakan peruntukan bagi membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Pindaan itu dicadangkan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Kata Hanipa beliau melihat tindakan Kelantan itu dibuat kerana PAS - yang menguasai negeri berkenaan - mahu menunjukkan mereka mendahului pihak lain memperjuangkan hukum Islam.

Sedangkan, tambah Hanipa, keadaan sebenar tidak begitu.

"Saya nampak kerajaan Kelantan ini cuba nak tonjolkan kononnya mereka kerajaan Islam khususnya melibatkan hukum jenayah.

"Bagi saya lebih baik jika mereka ke depan dalam menonjolkan dasar seperti ketelusan, kecekapan, kesederhanaan, kebersihan, bertanggungjawab, tadbir urus yang baik dan seumpamanya.

"Itu yang perlu ditonjolkan kerana ia memang kurang dipamerkan kerajaan Kelantan buat masa ini," katanya.

Ditanya mengenai pandangannya terhadap Kelantan, Hanipa berkata, ia lebih kepada "kerajaan menghukum".

"Sibuk nak mengukum orang saja," katanya.

Mengulas lanjut Hanipa berkata pelaksanaan hukum sebat di khalayak ramai itu tidak akan berjaya selagi hukum Islam terpisah daripada prinsip-prinsip yang dinyatakan itu.

"Maaf, saya rasa bukan sahaja ia tak akan berkesan malahan membawa fitnah kepada Islam.

"Ia membawa mesej seolah-olah Islam ialah: sikit-sikit hukum orang," katanya.




Thus Article Hanipa: Sebat bukan keutamaan ketika ini

Itulah artikel Hanipa: Sebat bukan keutamaan ketika ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hanipa: Sebat bukan keutamaan ketika ini dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/hanipa-sebat-bukan-keutamaan-ketika-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hanipa: Sebat bukan keutamaan ketika ini"

Catat Ulasan

Loading...