Loading...

Huk Alohhh...Buat Malu Jer..Bapa Pengantin Tak Tahu Langsung Penyanyi Akan Menari Begitu

Loading...
Huk Alohhh...Buat Malu Jer..Bapa Pengantin Tak Tahu Langsung Penyanyi Akan Menari Begitu - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Huk Alohhh...Buat Malu Jer..Bapa Pengantin Tak Tahu Langsung Penyanyi Akan Menari Begitu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Huk Alohhh...Buat Malu Jer..Bapa Pengantin Tak Tahu Langsung Penyanyi Akan Menari Begitu
link : Huk Alohhh...Buat Malu Jer..Bapa Pengantin Tak Tahu Langsung Penyanyi Akan Menari Begitu

Baca juga


Huk Alohhh...Buat Malu Jer..Bapa Pengantin Tak Tahu Langsung Penyanyi Akan Menari Begitu


“Anak menjemput penyanyi dikir yang juga kenalannya, namun kami tidak pula menyangka akan dipersembahkan dengan dikir gelek.

"Sebelum majlis diadakan, pengurus kumpulan dikir itu ada memberitahu mahu membuat persembahan yang saya fikir biasa sahaja," kata Mohamad, 58, (bukan nama sebenar).

Dia mengulas mengenai majlis menyambut menantu di rumahnya di Kampung Padang Tembusu, Tumpat malam semalam yang menjadi tular di laman sosial selepas dua penyanyi wanita berpakaian ketat bergelek mengikut irama dangdut membuat persembahan.

Difahamkan persembahan itu bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam disertai tujuh penghibur termasuk empat lelaki dan tiga wanita terbabit yang menyampaikan lagu dikir serta dangdut.

Mohamad berkata, sudah menjadi kebiasaan penduduk di kampung itu mengadakan kenduri kahwin dan sambut menantu dengan tetamu dihiburkan dengan persembahan kesenian.

Katanya, dia langsung tidak tahu akan ada tarian seperti itu dipersembahkan.

"Saya tidak tahu mereka sediakan tarian gelek kerana semuanya diuruskan kumpulan dikir itu,” katanya.

Sementara itu, seorang tetamu majlis itu yang mahu dikenali sebagai Hassan, 55, berkata, dia terkejut apabila mendapati terdapat tarian gelek dalam persembahan berkenaan.

"Saya datang sebab mahu melihat persembahan dikir barat kerana ini tradisi orang Kelantan. Tapi tak sangka pula ada juga tarian gelek dangdut.

"Sepatutnya, tuan rumah kena peka, kena tahu batas apa persembahan yang boleh dipertontonkan," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat, Rosnazli Amin berkata, persembahan yang diadakan itu tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan.

Walaupun hanya merupakan persembahan yang diadakan di majlis perkahwinan termasuk karaoke, ia juga mesti mendapat kebenaran pihak berkuasa.

"Seharusnya tuan rumah yang menjadi penganjur majlis itu menegah sesuatu yang bercanggah dengan syiar Islam kerana perkahwinan adalah ibadah dan untuk mendapatkan keredaan Allah," katanya. - Harian Metro


Thus Article Huk Alohhh...Buat Malu Jer..Bapa Pengantin Tak Tahu Langsung Penyanyi Akan Menari Begitu

Itulah artikel Huk Alohhh...Buat Malu Jer..Bapa Pengantin Tak Tahu Langsung Penyanyi Akan Menari Begitu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Huk Alohhh...Buat Malu Jer..Bapa Pengantin Tak Tahu Langsung Penyanyi Akan Menari Begitu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/huk-alohhhbuat-malu-jerbapa-pengantin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Huk Alohhh...Buat Malu Jer..Bapa Pengantin Tak Tahu Langsung Penyanyi Akan Menari Begitu"

Catat Ulasan

Loading...