Loading...

Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan

Loading...
Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan
link : Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan

Baca juga


Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Hasil siasatan insiden pesawat Hawk 108 yang terhempas di Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu pada 15 Jun lalu yang mengorbankan dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dimaklumkan Panglima Tentera Udara (PTU).
 
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein percaya siasatan dijalankan dengan baik bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
 
"Yang itu (hasil siasatan) kena tanya pada pihak yang terbabit, boleh tanya pada PTU (Jeneral Datuk Seri Affendi Buang).
 
"Saya bukan individu yang patut memaklumkannya buat masa sekarang," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bertemakan 'Aidilfitri@Negaraku di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil siasatan dan perkembangan terkini insiden berkenaan.
 
Dalam kejadian berkenaan, Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, terkorban apabila pesawat dinaiki mereka terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu.
 
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, beliau akan berada di Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi Isnin depan untuk bertemu dengan pemimpin di negara itu bagi membincangkan mengenai ancaman kumpulan militan Daesh.
 
"Selain itu, kita juga melihat situasi krisis antara beberapa negara Teluk sama ada kita boleh membantu mereka atau sebaliknya, saya akan bertemu dengan semua pemimpin di sana," katanya.
 
 


Thus Article Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan

Itulah artikel Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/insiden-hawk-ptu-akan-maklum-hasil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Insiden Hawk: PTU akan maklum hasil siasatan"

Catat Ulasan

Loading...