Loading...

'Kad sakit mental bukan 'lesen' untuk melakukan jenayah' - Doktor

Loading...
'Kad sakit mental bukan 'lesen' untuk melakukan jenayah' - Doktor - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Kad sakit mental bukan 'lesen' untuk melakukan jenayah' - Doktor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Kad sakit mental bukan 'lesen' untuk melakukan jenayah' - Doktor
link : 'Kad sakit mental bukan 'lesen' untuk melakukan jenayah' - Doktor

Baca juga


'Kad sakit mental bukan 'lesen' untuk melakukan jenayah' - Doktor


"Kalau dah tahu mental, masukkan je la ke Tanjung Rambutan," demikian kata netizen mengulas kes seorang lelaki didakwa mencabul dan cuba merogol seorang wanita di tandas stesen minyak di Machang, Kelantan.

Tidak kurang juga netizen yang berpendapat bahawa pesakit mental hanya mengalami masalah mental sahaja, namun nafsunya tidak.

Sebelum ini ahli keluarga suspek telah tampil dan menjelaskan tentang keadaan suspek yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Mental. Dalam penjelasan itu juga menyatakan, bukan semudah ABC untuk menempatkan suspek di wad mental kerana memerlukan sebab yang tertentu. Malangnya, netizen seperti tidak dapat menerima penjelasan itu, lalu terus menerus menyalahkan keluarga suspek.

Berikutan itu, seorang doktor tampil memberikan penjelasan berhubung prosedur masuk ke wad mental. Semoga penjelasan dari Doktor Muhammad Rahmat ini memuaskan hati netizen.


KES INI UNIK dan jarang orang awam tahu apa prosedurnya. Jadi saya tolong jelaskan. Pesakit mental boleh dimasukkan ke dalam wad mental dalam tiga keadaan; dan semua ini mempunyai akta sendiri. 

1. KERELAAN DIRI

Biasanya pesakit stabil dan waras tetapi memohon untuk dimasukkan ke wad atas beberapa sebab. 

2. ATAS KEHENDAK KELUARGA

Boleh memohon dengan doktor yang memasukkan pesakit mental ke dalam wad jika keadaannya tidak terkawal di rumah. Dengan kata lain, tak stabil. 

3. ARAHAN POLIS

Pihak keluarga atau orang awam membuat laporan polis terhadap pesakit mental kerana menimbulkan kekacauan. 

SOALAN: Adakah pesakit mental tidak boleh didakwa jika melakukan jenayah? 

Jawapannya ialah, boleh. Kad sakit mental bukan 'lesen' untuk melakukan jenayah. Tetapi pihak polis dan mahkamah hendaklah memastikan pesakit tersebut dalam keadaan waras ketika melakukan jenayah. 

Jadi, bagaimana? 

Hakim akan mengeluarkan arahan supaya pesakit akan dihantar ke Unit Forensik Psikiatri. Untuk kes ini, mungkin ke Tanjung Rambutan, Perak. 

Doktor pakar akan membuat pemerhatian di sana dan dikawal dengan kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam sehingga pihak doktor berpuas hati. Kemudian doktor akan mengeluarkan laporan keadaan mental pesakit dan diserahkan kepada pihak hakim sama ada pesakit layak dibicarakan atau tidak. 

Jika layak, dia akan didakwa. Jika sebaliknya, dia akan ditahan di wad mental sehinggalah layak dibicarakan. 

Sekian pendapat saya. Harap anda semua faham. 

Doktor di Bahagian Psikiatri


Sumber : Gengviral


Thus Article 'Kad sakit mental bukan 'lesen' untuk melakukan jenayah' - Doktor

Itulah artikel 'Kad sakit mental bukan 'lesen' untuk melakukan jenayah' - Doktor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Kad sakit mental bukan 'lesen' untuk melakukan jenayah' - Doktor dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/kad-sakit-mental-bukan-lesen-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Kad sakit mental bukan 'lesen' untuk melakukan jenayah' - Doktor"

Catat Ulasan

Loading...