Loading...

Kakitangan Mcdonald's Kongsi Gambar Jijik Yang Didakwa Dikeluarkan Dari Mesin Aiskrim

Loading...
Kakitangan Mcdonald's Kongsi Gambar Jijik Yang Didakwa Dikeluarkan Dari Mesin Aiskrim - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kakitangan Mcdonald's Kongsi Gambar Jijik Yang Didakwa Dikeluarkan Dari Mesin Aiskrim, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kakitangan Mcdonald's Kongsi Gambar Jijik Yang Didakwa Dikeluarkan Dari Mesin Aiskrim
link : Kakitangan Mcdonald's Kongsi Gambar Jijik Yang Didakwa Dikeluarkan Dari Mesin Aiskrim

Baca juga


Kakitangan Mcdonald's Kongsi Gambar Jijik Yang Didakwa Dikeluarkan Dari Mesin Aiskrim


LOUISIANA, AMERIKA SYARIKAT - Seorang individu yang mendakwa dirinya kakitangan di sebuah restoran makanan segera, McDonald's, berkongsi gambar yang didakwanya diambil dari mesin aiskrim restoran berkenaan, lapor Daily Mail.

Individu yang menggunakan nama 'Nick' di Tiwtter dan tinggal di Louisiana ini berkongsi gambar-gambar yang menjijikkan dan viral di media sosial. 

Gambar menunjukkan bekas besi yang didakwanya diambil dari mesin aiskrim yang mengandungi sisa-sisa kotor berwarna kehijauan. 



"Benda ini diambil dari mesin aiskrim McDonald's, jika ada yang tertanya-tanya apakah benda ini," tweetnya pada 14 Julai lalu dan telah diretweet sebanyak 14,000 kali dan beribu-ribu tweet dari netizen yang memberikan pelbagai reaksi. 

Nick juga memuat naik gambar mesin aiskrim tersebut dan menegaskan bahawa bekas besi yang diambilnya itu bukanlah perangkap sisa atau kotoran yang terletak di bawah mesin tersebut. 

"Gambar sisi mesin aiskrim. Ia bukan dari perangkap sisa/kotoran." 


Pada gambar ketiga, Nick menunjukkan perangkap sisa/kotoran di Twitternya jika ada yang mendakwa dia cuba menipu netizen. 

Nick kemudian memuat naik lagi beberapa gambar dalam dapur restoran yang didakwanya restoran makanan segera, McDonald's, yang jelas sekali kelihatan kotor dan berminyak. Dalam gambar itu juga, tertera logo McDonald's pada cawan. 







Menurut Nick, dia telah dipecat dari McDonald's dan dia memang sudah merancang untuk melakukan pendedahan itu kerana dia akan bekerja di tempat baru, Jumaat ini. 

"Saya dipecat dari McDonald's. Saya rancang semua ini sebab saya akan mula bekerja di tempat baru, Jumaat ini," katanya. 

Tweet Nick itu mengemparkan orang ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen di seluruh dunia. 

Sehingga kini, pihak media antarabangsa masih menunggu kenyataan rasmi dari Syarikat McDonald's berhubung gambar dan dakwaan yang dimuat naik oleh Nick itu.

Sumber: The Reporter


Thus Article Kakitangan Mcdonald's Kongsi Gambar Jijik Yang Didakwa Dikeluarkan Dari Mesin Aiskrim

Itulah artikel Kakitangan Mcdonald's Kongsi Gambar Jijik Yang Didakwa Dikeluarkan Dari Mesin Aiskrim Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kakitangan Mcdonald's Kongsi Gambar Jijik Yang Didakwa Dikeluarkan Dari Mesin Aiskrim dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/kakitangan-mcdonalds-kongsi-gambar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kakitangan Mcdonald's Kongsi Gambar Jijik Yang Didakwa Dikeluarkan Dari Mesin Aiskrim"

Catat Ulasan

Loading...