Loading...

'Kalau abang curang lagi, automatik jatuh talak dan jangan tuntut hak penjagaan anak'

Loading...
'Kalau abang curang lagi, automatik jatuh talak dan jangan tuntut hak penjagaan anak' - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Kalau abang curang lagi, automatik jatuh talak dan jangan tuntut hak penjagaan anak', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Kalau abang curang lagi, automatik jatuh talak dan jangan tuntut hak penjagaan anak'
link : 'Kalau abang curang lagi, automatik jatuh talak dan jangan tuntut hak penjagaan anak'

Baca juga


'Kalau abang curang lagi, automatik jatuh talak dan jangan tuntut hak penjagaan anak'


Suaminya bertugas sebagai askar di Sabah, namun isterinya di rumah menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang. Perhubungan terlarang mereka itu akhirnya berjaya dikesan oleh isteri kepada teman lelakinya. 

Hancur luluh hati isteri membaca perbualan curang suaminya dengan wanita yang sudah berkahwin itu. Difahamkan, ini bukan kali pertama si suami menggatal di media sosial, sudah kali ketiga katanya. 

SUAMI GEMAR JOIN GROUP XXX

Saya mohon nasihat atas masalah yang saya dan suami hadapi ini. Suami saya mempunyai tabiat gemar membaca dan melihat bahan lucah di media sosia, suka join group lucah Facebook (contohnya group janda sangap, group kelab mencari jodoh dll).

Yang terbaru, dia suka berchatting dengan perempuan lain di Facebook Messengers. Sudah tiga kali saya tangkap suami melakukan perbuatan ini. Dari tahun 2009 sehinggalah yang kali terakhir, semalam. 

Pada kali yang kedua, suami saya ada menjalinkan hubungan cinta dan sudah berzina dengan salah seorang janda dalam group tersebut. Hati saya remuk, hanya Allah saja yang tahu. 

"PILIH SAYA ATAU HENTIKAN TABIAT AWAK ITU!"

Pernah terlintas di fikiran untuk bercerai. Namun disebabkan sayang pada anak-anak, saya teguhkan hati dan redha dengan ujian dari Allah ini. 

Semalam saya mendapati suami ada bersembang dengan seorang wanita (isteri tentera) di Facebook Messengers. Bila diperiksa, akaun itu baru dibuka tiga hari yang lalu. Saya meminta suami pilih, sama ada mahukan saya dan keluarga atau buang kegiatan buruknya itu. 







Suami berjanji dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi. Saya dah suami juga akan membuat perjanjian bertulis dengan peguam dan kalau suami buat hal lagi, maka jatuhlah talak bagi saya dan suami tidak boleh menuntut hak penjagaan anak-anak. 

Saya rasa terkilan dengan suami, hati saya juga sudah tawar. Patutkah saya memaafkan suami? Patutkah saya buat perjanjian seperti itu? 

Untuk pengetahuan, suami saya berumur awal 40-an. Kami mempunyai empat orang cahaya mata. Persoalan saya, benarkan suami saya akan berubah? Kalau suami tidak berubah, sah ke saya buat perjanjian dengan peguam untuk berpisah dan mengikut haluan masing-masing? 

Entah berapa kali lagi saya mampu bertahan dengan perangai suami. Tolonglah saya. 



Sumber : Gengviral


Thus Article 'Kalau abang curang lagi, automatik jatuh talak dan jangan tuntut hak penjagaan anak'

Itulah artikel 'Kalau abang curang lagi, automatik jatuh talak dan jangan tuntut hak penjagaan anak' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Kalau abang curang lagi, automatik jatuh talak dan jangan tuntut hak penjagaan anak' dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/kalau-abang-curang-lagi-automatik-jatuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Kalau abang curang lagi, automatik jatuh talak dan jangan tuntut hak penjagaan anak'"

Catat Ulasan

Loading...