Loading...

Kalau PH menang PRU14, jangan lupa hak Warisan, kata Shafie Apdal

Loading...
Kalau PH menang PRU14, jangan lupa hak Warisan, kata Shafie Apdal - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kalau PH menang PRU14, jangan lupa hak Warisan, kata Shafie Apdal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kalau PH menang PRU14, jangan lupa hak Warisan, kata Shafie Apdal
link : Kalau PH menang PRU14, jangan lupa hak Warisan, kata Shafie Apdal

Baca juga


Kalau PH menang PRU14, jangan lupa hak Warisan, kata Shafie Apdal

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Parti Warisan Sabah (Warisan) menyerah sepenuhnya soal siapa yang layak dinamakan sebagai Perdana Menteri kepada Pakatan Harapan (PH) jika gagasan pembangkang itu menang dalam pilihan raya akan datang.
 
Meskipun berada di luar gagasan itu, Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagaimanapun PH tidak menafikan hak mereka terutamanya di Sabah.
 
"Apabila tiba masanya kita akan lihat bagaimana nanti jika mereka menubuhkan kerajaan.
 
"Soal siapa PM itu terserah kepada mereka sebab mereka bertanding paling banyak di sini (Semenanjung). Kalau mereka berpakat, berpakatlah. Yang penting kita mahu tuntut hak kita. Jangan tidak bagi hak kita," katanya kepada pemberita hari ini.
 
Pakatan Harapan (PH) sebelum ini bertelagah dalam soal meletakkan calon perdana menteri.
 
Pemimpin pembangkang sebelum ini mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim namun ditolak oleh Ketua Umum PKR itu dan mahu gagasan itu memberi perhatian kepada dasar negara, kepincangan sistem dan ke arah kemenangan PRU14.
 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pernah menyatakan kesediaanya untuk sekali lagi dilantik untuk jawatan berkenaan sekiranya diminta oleh rakan-rakan pembangkang.
 
Shafie dalam pada itu menegaskan partinya tidak akan menyertai PH memandangkan Warisan menumpukan perjuangan untuk rakyat Sabah semata-mata.
 
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu memaklumkan ada perbincangan di antara partinya bersama PKR dan DAP berkenaan kerusi-kerusi yang akan ditandingi dalam PRU14.
 
"Saya tidak rasa PPBM akan bertanding di Sabah. Manakala DAP dan PKR adalah antara parti-parti yang akan bertanding di negeri itu. Ada perbincangan tidak formal berhubung perkara itu, dan rasanya tiada masalah," ujarnya lagi.
 
Shafie juga ditanya kemungkinan kerusinya di Semporna 'diintai' rakan-rakan pembangkang itu.
 
"Itu memang kawasan saya, (namun) terserah Allah SWT jika dipanjangkan umur.
 
"Terserah (jika PH bertanding di Semporna). Kalau mereka mahu bertanding dengan saya, lawanlah," ujarnya lagi.
 
 


Thus Article Kalau PH menang PRU14, jangan lupa hak Warisan, kata Shafie Apdal

Itulah artikel Kalau PH menang PRU14, jangan lupa hak Warisan, kata Shafie Apdal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kalau PH menang PRU14, jangan lupa hak Warisan, kata Shafie Apdal dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/kalau-ph-menang-pru14-jangan-lupa-hak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kalau PH menang PRU14, jangan lupa hak Warisan, kata Shafie Apdal"

Catat Ulasan

Loading...