Loading...

Kanak-kanak 12 Tahun Dirogol 22 Kali Oleh 5 Ahli Keluarganya

Loading...
Kanak-kanak 12 Tahun Dirogol 22 Kali Oleh 5 Ahli Keluarganya - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kanak-kanak 12 Tahun Dirogol 22 Kali Oleh 5 Ahli Keluarganya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kanak-kanak 12 Tahun Dirogol 22 Kali Oleh 5 Ahli Keluarganya
link : Kanak-kanak 12 Tahun Dirogol 22 Kali Oleh 5 Ahli Keluarganya

Baca juga


Kanak-kanak 12 Tahun Dirogol 22 Kali Oleh 5 Ahli Keluarganya


LIMA lelaki terdiri daripada bapa, datuk dan tiga sepupu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Limbang, hari ini atas 22 tuduhan merogol kanak-kanak bawah umur antara penghujung November 2016 hingga Jun lalu.

Tertuduh yang dituduh merogol mangsa berusia 12 tahun itu terdiri daripada datuk mangsa berusia 72 tahun, ayah (40 tahun) dan tiga sepupu masing-masing berusia antara 16 hingga 21 tahun.

Bagi tertuduh pertama yang juga bapa mangsa berusia 40 tahun, dia dituduh merogol mangsa sebanyak empat kali manakala tertuduh kedua dan ketiga yang juga sepupu mangsa berusia 17 dan 21 tahun masing-masing dituduh merogol mangsa sebanyak tiga kali dan empat kali.

Manakala tertuduh kelima iaitu datuk mangsa berusia 72 tahun dituduh merogol mangsa sebanyak enam kali manakala seorang lagi sepupu mangsa dituduh merogolnya sebanyak lima kali.

Mengikut kertas pertuduhan, semua tertuduh dituduh merogol mangsa yang berusia 12 tahun di beberapa kawasan berasingan di sebuah kampung di daerah ini antara penghujung November 2016 hingga Jun lalu.

Semua tertuduh dituduh mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim manakala prosiding pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Inspektor Mohamad Faris Mohamed Asri.

Mahkamah menetapkan 6 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Difahamkan, mangsa yang masih bersekolah itu kini ditempatkan bersama keluarga angkat yang dilantik Jabatan Kebajikan Masyarakat Limbang.


Thus Article Kanak-kanak 12 Tahun Dirogol 22 Kali Oleh 5 Ahli Keluarganya

Itulah artikel Kanak-kanak 12 Tahun Dirogol 22 Kali Oleh 5 Ahli Keluarganya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kanak-kanak 12 Tahun Dirogol 22 Kali Oleh 5 Ahli Keluarganya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/kanak-kanak-12-tahun-dirogol-22-kali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kanak-kanak 12 Tahun Dirogol 22 Kali Oleh 5 Ahli Keluarganya"

Catat Ulasan

Loading...