Loading...

Keluarga Saleem minta jangan tular gambarnya di hospital

Loading...
Keluarga Saleem minta jangan tular gambarnya di hospital - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Keluarga Saleem minta jangan tular gambarnya di hospital, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Keluarga Saleem minta jangan tular gambarnya di hospital
link : Keluarga Saleem minta jangan tular gambarnya di hospital

Baca juga


Keluarga Saleem minta jangan tular gambarnya di hospital

MALAYSIAKINI


Keluarga penyanyi kumpulan Iklim A M Salim Abdul Majeed atau lebih dikenali dengan nama Saleem meminta orang ramai, termasuk rakan artis dan media, tidak menyebarkan gambar penyanyi itu yang sedang menerima rawatan di hospital akibat demam panas.

Anak tiri Saleem, yang hanya mahu dikenali sebagai Iera Fakira berkata penularan gambar bapa tirinya itu di media sosial telah menyebabkan keluarga merasa sedih.

"Memang betul ayah saya dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat demam panas yang berterusan tetapi saya minta tolong jangan sebarkan gambar ayah saya dalam keadaan yang sebegitu. Saya mohon doakan yang terbaik untuk kesihatan ayah saya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata ibunya Juriah Bachok amat sedih dengan gambar keadaan ayahnya disebar di alam maya.

Iera berkata keadaan ayah tirinya itu kini lemah akibat demam panas yang berterusan sejak 23 Jun lalu.

"Demam ayah berterusan sejak dua hari sebelum raya dan kami telah bawa ayah untuk mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital sebelum ini, hanya semalam ayah dimasukkan di HUKM .

“ Keadaan ayah stabil cuma lemah dan kena sentiasa dipantau. Kami sekeluarga buat keputusan untuk tidak dedahkan dulu mengenai penyakit ayah buat masa ini kerana terdapat beberapa teori daripada doktor,” katanya

Beliau berkata keluarga kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Suci Dalam Debu’ itu yang dijangka akan diperoleh hujung minggu ini.
- Bernama




Thus Article Keluarga Saleem minta jangan tular gambarnya di hospital

Itulah artikel Keluarga Saleem minta jangan tular gambarnya di hospital Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Keluarga Saleem minta jangan tular gambarnya di hospital dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/keluarga-saleem-minta-jangan-tular.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Keluarga Saleem minta jangan tular gambarnya di hospital"

Catat Ulasan

Loading...