Loading...

Kerajaan setuju beri insentif bantu agensi pelancongan

Loading...
Kerajaan setuju beri insentif bantu agensi pelancongan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerajaan setuju beri insentif bantu agensi pelancongan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerajaan setuju beri insentif bantu agensi pelancongan
link : Kerajaan setuju beri insentif bantu agensi pelancongan

Baca juga


Kerajaan setuju beri insentif bantu agensi pelancongan


SINAR ONLINE

 Tourism Malaysia
Tourism Malaysia
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif khas kepada agensi pelancongan tempatan bagi mengelakkan pembatalan kontrak akibat pengenalan cukai pelancongan yang dikuatkuasakan 1 Julai lepas, kata Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA).

Presidennya, Uzaidi Udanis berkata perkara tersebut disampaikan dalam satu perjumpaan khas bersama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Selasa lepas bagi membincangkan isu berkaitan cukai tersebut.

Katanya bentuk insentif tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat setelah kerajaan mengkaji mekanisme yang sesuai dalam pemberian insentif itu.

“Kebanyakan kontrak pelancongan di antara agensi tempatan dengan luar negara telah dipersetujui dan ditandatangani sebelum pengenalan cukai pelancongan. Jadi harga yang telah dipersetujui itu tidak termasuk cukai pelancongan.

“Sektor pelancongan seperti sektor Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) juga sudah dipersetujui terlebih dahulu. Jadi kita tidak mahu ahli kami terpaksa mengeluarkan duit tambahan untuk membayar bayaran bagi cukai tersebut dan mungkin perlu membayar ganti rugi setelah pembatalan kontrak,” katanya pada sidang media mengenai isu tersebut di sini, hari ini.

Pada  sidang Dewan Rakyat yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 diluluskan yang antara lain membenarkan pelaksanaan  kadar cukai antara RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalam di hotel dan rumah penginapan berdaftar.

Ketika  menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Mohamed Nazri berkata cukai pelancongan dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus.

Sementara itu, Uzaidi berkata, MITA menyokong penuh usaha kerajaan dalam pelaksanaan Cukai Pelancongan kerana berpendapat hasil daripada kutipan tersebut boleh disalurkan ke aktiviti promosi pelancongan serta pembangunan infrastruktur pelancongan.

“Aktiviti promosi pelancongan penting dalam mempromosikan sektor pelancongan, dan pihak MITA sedar bahawa negara-negara lain sedang aktif melakukan promosi. Kita hanya akan ketinggalan sekiranya promosi tidak diadakan,” katanya. - Bernama



Thus Article Kerajaan setuju beri insentif bantu agensi pelancongan

Itulah artikel Kerajaan setuju beri insentif bantu agensi pelancongan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerajaan setuju beri insentif bantu agensi pelancongan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/kerajaan-setuju-beri-insentif-bantu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan setuju beri insentif bantu agensi pelancongan"

Catat Ulasan

Loading...