Loading...

Ku Nan nasihatkan penjawat awam jangan ‘termakan sumpah’

Loading...
Ku Nan nasihatkan penjawat awam jangan ‘termakan sumpah’ - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ku Nan nasihatkan penjawat awam jangan ‘termakan sumpah’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ku Nan nasihatkan penjawat awam jangan ‘termakan sumpah’
link : Ku Nan nasihatkan penjawat awam jangan ‘termakan sumpah’

Baca juga


Ku Nan nasihatkan penjawat awam jangan ‘termakan sumpah’

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengingatkan penjawat awam agar tidak menyebarkan sebarang rahsia kerajaan kepada umum.

Malah, katanya, beliau bimbang sekiranya penjawat awam tetap membocorkan rahsia kerajaan, mereka akan 'termakan sumpah'.

Ini kerana, setiap penjawat awam telah mengangkat sumpah sebelum memegang jawatan mereka.

"Saya minta penjawat awam, mereka semua ada angkat sumpah. Jangan kena makan sumpah sebab benda ini, kalau rahsia kerajaan, janganlah sebarkan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita yang menyoal berhubung sikap sesetengah penjawat awam yang didakwa membocorkan maklumat rasmi kerajaan.

Selain itu, ketika ditanya sekiranya perkara sama berlaku dalam Umno, setiausaha agung parti itu berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap anggota yang membocorkan maklumat.

"Kita dalam Umno bila ada mesyuarat
tertentu, kita tak benarkan mereka sebarkan apa yang ada dalam mesyuarat.

"Kalau mesyuarat itu tertutup, kita akan ambil tindakan," katanya.

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan, insiden melibatkan penjawat awam menyalahgunakan teknologi komunikasi dan maklumat seperti di media sosial semakin kerap didengar.

Dalam kolum yang ditulis Felo Penyelidik Kanan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Dr Abdul Gapar Abu Bakar, berkata, penjawat awam didapati menyalahgunakan media sosial untuk membocorkan maklumat rasmi kerajaan dengan memberikan pandangan negatif terhadap proses kerja dan tadbir urus jabatan atau agensi kerajaan di mana mereka ditempatkan.

Malah, katanya, terdapat juga penjawat awam yang mencaci dan menghina penjawat awam pada peringkat pengurusan dan juga anggota pentadbiran atas sebab tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat serta membekalkan maklumat terperinci keberadaan mereka terutama penjawat awam dalam sektor keselamatan.




Thus Article Ku Nan nasihatkan penjawat awam jangan ‘termakan sumpah’

Itulah artikel Ku Nan nasihatkan penjawat awam jangan ‘termakan sumpah’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ku Nan nasihatkan penjawat awam jangan ‘termakan sumpah’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/ku-nan-nasihatkan-penjawat-awam-jangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ku Nan nasihatkan penjawat awam jangan ‘termakan sumpah’"

Catat Ulasan

Loading...