Loading...

Kucing Bunting Dipercayai Dirogol Manusia Durjana

Loading...
Kucing Bunting Dipercayai Dirogol Manusia Durjana - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kucing Bunting Dipercayai Dirogol Manusia Durjana, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kucing Bunting Dipercayai Dirogol Manusia Durjana
link : Kucing Bunting Dipercayai Dirogol Manusia Durjana

Baca juga


Kucing Bunting Dipercayai Dirogol Manusia Durjana


Ini mungkin kes pencabulan yang paling ‘gila’ pernah dilaporkan apabila seekor kucing betina sedang bunting yang diberikan nama Putih menjadi mangsa rogol dipercayai dilakukan manusia.

Kejadian yang berlaku di Riau, Indonesia itu menjadi tular di Indonesia apabila gambar dan video seekor kucing berwarna putih dalam keadaan tidak bermaya dan bahagian punggungnya berdarah.

Menerusi laporan media tempatan Indonesia, pemilik kucing tersebut adalah seorang guru di SMP Negeri Tembilahan yang dikenali sebagai Drs Syafril terkejut apabila dihubungi anaknya memaklumkan mengenai keadaan Putih yang cedera dan tidak bermaya.

Menurutnya, keadaan Putih ketika itu lemah dan darah tidak berhenti keluar dari kemaluannya apabila ditemui di rumah mereka pada Isnin lalu.

Si Putih dibawa ke sebuah klinik haiwan di Desa Tembilahan dan pemeriksaan mendapati haiwan kesayangannya itu menjadi mangsa serangan seksual dipercayai dilakukan oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.


Syafril berkata, akibat kejadian itu, kucing betinanya yang sedang bunting itu gugur disebabkan ada sesuatu benda tumpul masuk bahagian kemaluan kucing berkenaan sehingga berlaku pendarahan yang teruk.

Dia turut mendakwa terdapat beberapa kanak-kanak di sekitar kawasan rumahnya melihat seorang lelaki yang dipercayai suspek mencium dan memegang Putih sebelum dibawa ke bahagian belakang rumah.


Menurutnya, kanak-kanak tersebut turut melihat suspek menghantar Putih semula ke kawasan rumahnya dalam keadaan tidak bermaya.

Difahamkan, suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Bagaimanapun, Putih kini dilaporkan semakin pulih namun masih memerlukan penjagaan teliti.

Sumber: Mynewshub.cc


Thus Article Kucing Bunting Dipercayai Dirogol Manusia Durjana

Itulah artikel Kucing Bunting Dipercayai Dirogol Manusia Durjana Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kucing Bunting Dipercayai Dirogol Manusia Durjana dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/kucing-bunting-dipercayai-dirogol.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kucing Bunting Dipercayai Dirogol Manusia Durjana"

Catat Ulasan

Loading...