Loading...

Lebih 20,000 hadir ke Himpunan Pertahankan Islam di Kota Bahru

Loading...
Lebih 20,000 hadir ke Himpunan Pertahankan Islam di Kota Bahru - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lebih 20,000 hadir ke Himpunan Pertahankan Islam di Kota Bahru, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lebih 20,000 hadir ke Himpunan Pertahankan Islam di Kota Bahru
link : Lebih 20,000 hadir ke Himpunan Pertahankan Islam di Kota Bahru

Baca juga


Lebih 20,000 hadir ke Himpunan Pertahankan Islam di Kota Bahru

Oleh Athirah Hanapiah & Zeanaaima Md Yusof
Post Pic
 
KOTA BAHRU: Sasaran kerajaan negeri Kelantan untuk peserta Himpunan Pertahankan Islam hadir hingga melimpah ruah keluar Stadium Sultan Muhammad IV berjaya dicapai.
 
Dianggarkan lebih 20,000 peserta dari seluruh pelusuk negara hadir bagi menyatakan sokongan kepada usaha mempertahankan agama Islam yang mutakhir ini semakin menjadi sasaran musuhnya.
 
Himpunan yang berlangsung selama 3 jam bermula 9.00 malam itu juga menampilkan ramai pimpinan tertinggi PAS, wakil kerajaan negeri Kelantan dan beberapa wakil dari luar negara seperti Indonesia, Palestin, Turki dan lain-lain.
 
Acara dimulakan dengan laungan takbir diketuai oleh Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan Tantawi sebanyak 27 kali sebagai simbolik kepada kejayaan PAS mempertahankan negeri itu selama 27 tahun.
 
Himpunan tersebut diadakan bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada umat Islam seluruh dunia dalam usaha melawan ancaman terhadap agama Islam di seluruh Rantau Asia, khususnya di Malaysia.
 
Hadirin yang hadir dibentangkan fakta demi fakta betapa umat Islam di seluruh dunia kini ditindas dan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya termasuk tindakan tentera Zionis Israel yang menutup Masjid Al-Aqsa.
 
Kemunculan Hadi jadi tumpuan hadirin
 
Kemunculan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi tumpuan hadirin yang datang berikutan ia kemunculan kali pertamanya dalam himpunan berskala besar, selepas pemimpin itu menjalani pembedahan jantung beberapa bulan lalu.
 
Hadi dalam ucapannya menceritakan bagaimana negara Islam dipecah-pecahkan kepada daerah yang lebih kecil oleh orang Yahudi dan tindakan itu masih berleluasa hingga hari ini.
 
Justeru beliau menyeru agar Islam harus bersatu padu dan mempertahankan Islam daripada khianat musuhnya.
 
"Himpunan kita ini adalah simbol kebangkitan. Marilah kita sama-sama dengan bersemangat, memohon keberkatan daripada Allah S.W.T. Kita bersama dengan obor Islam, cahaya yang tak pernah dipadamkan. Tegakkan Islam, semua selamat.
 
"Allah sudah menjadikan Islam itu tidak boleh dipadamkan apinya. Akan tetap bernyala obornya dimana sahaja," ujarnya tegasnya diiringan takbir daripada hadirin yang datang.
 
Hadi sebaik sahaja selesai berucap terpaksa meninggalkan pentas pidato berkenaan atas sebab-sebab kesihatan. 
 
Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dalam ucapannya  pula berkata himpunan Ijtima' Perpaduan Ummah yang berlangsung selama tiga hari di Kelantan adalah bukti betapa umat Islam di luar sana yang ditindas musuhnya, masih punya saudara seagama dengannya, yang sentiasa teguh menyokong mereka mempertahankan Islam.
 
"Dengan adanya Ijtima' Antarabangsa ini, ia InsyaAllah mempunyai beberapa peratus kesedaran agar umat Islam di seluruh dunia bahawa kita perlu meningkat usaha yang amat murni ini kepada negara Islam.
 
"Tuan-tuan semua adalah hamba-hamba yang beriman kepada Allah yang bekerja keras untuk terus memberi sokongan kepada umat Islam dan mempertahankan kerajaan Islam, insyaAllah," katanya yang terus diiringi takbir oleh hadirin yang hadir.       
 
Himpunan yang berakhir jam 12 tengah malam itu menjadi program kemuncak kepada Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-4 yang berlangsung selama tiga hari sejak Khamis lepas.
 
Pelbagai program disusun atur sepanjang Ijtima' ini antara lainnya Forum Perdana, Kuliah Subuh, Kulian Maghrib, Konferens Perpaduan Ummah, konsert nasyid, ceramah bersama penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan kemuncaknya, Himpunan Pertahankan Islam. 
 
 


Thus Article Lebih 20,000 hadir ke Himpunan Pertahankan Islam di Kota Bahru

Itulah artikel Lebih 20,000 hadir ke Himpunan Pertahankan Islam di Kota Bahru Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lebih 20,000 hadir ke Himpunan Pertahankan Islam di Kota Bahru dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/lebih-20000-hadir-ke-himpunan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lebih 20,000 hadir ke Himpunan Pertahankan Islam di Kota Bahru"

Catat Ulasan

Loading...