Loading...

Mayat bayi 6 hari ditemui dalam perigi

Loading...
Mayat bayi 6 hari ditemui dalam perigi - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mayat bayi 6 hari ditemui dalam perigi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mayat bayi 6 hari ditemui dalam perigi
link : Mayat bayi 6 hari ditemui dalam perigi

Baca juga


Mayat bayi 6 hari ditemui dalam perigi

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
JASIN: Seorang bayi lelaki berusia enam hari ditemui mati di dalam perigi sedalam 20 kaki, disyaki dibunuh oleh ahli keluarga sendiri di Kampung On Lok, Batang Melaka, di sini, malam tadi.
 
Mayat bayi sempurna fizikal dan masih berbalut kain lampin putih itu ditemui orang awam sebelum dikeluarkan dari perigi dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat Balai (BBP) Jasin Bistari, kira-kira jam 10.30 malam tadi.
 
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, bayi itu dilaporkan hilang jam 7.45 malam kelmarin oleh bapa mangsa yang hadir ke Balai Polis Batang Melaka.
 
Katanya, susulan laporan itu, siasatan lanjut dilakukan, namun terdapat keraguan mengenai kesahihan kehilangan bayi itu.
 
"Pada awalnya, kita mengklasifikasikan kes ini sebagai orang hilang, namun terdapat keraguan mengenai bayi ini hilang.
 
"Berdasarkan laporan yang dibuat, kali terakhir bayi berkenaan dilihat sedang tidur di dalam bilik bersama ibunya pada jam 6.30 petang," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, malam tadi.
 
Arshad berkata, pihak polis, termasuk pasukan forensik bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat daripada jiran yang mengesyaki terdapat mayat bayi di dalam perigi di belakang rumah keluarga mangsa.
 
Beliau berkata, pihaknya menahan enam suspek, termasuk ibu dan bapa bayi itu.
 
"Mereka dijangka direman pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 
"Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya.
 
 


Thus Article Mayat bayi 6 hari ditemui dalam perigi

Itulah artikel Mayat bayi 6 hari ditemui dalam perigi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mayat bayi 6 hari ditemui dalam perigi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/mayat-bayi-6-hari-ditemui-dalam-perigi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mayat bayi 6 hari ditemui dalam perigi"

Catat Ulasan

Loading...