Loading...

Mukhriz ancam tindakan terhadap media, terutama Utusan

Loading...
Mukhriz ancam tindakan terhadap media, terutama Utusan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mukhriz ancam tindakan terhadap media, terutama Utusan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mukhriz ancam tindakan terhadap media, terutama Utusan
link : Mukhriz ancam tindakan terhadap media, terutama Utusan

Baca juga


Mukhriz ancam tindakan terhadap media, terutama Utusan

MALAYSIAKINI



Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang memberi gambaran salah berhubung saman fitnah yang difailkan terhadap setiausaha akhbar perdana menteri, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, media berkenaan terutama Utusan Malaysia sengaja memberi gambaran salah mengenai perbicaraan itu.

"Saya telah ambil maklum berkenaan laporan beberapa pihak media terutamanya Utusan Malaysia berkaitan perbicaraan kes tindakan fitnah saya terhadap Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad di Mahkamah pada hari Khamis dan Jumaat yang lalu.

"Tajuk berita dan kandungan laporan-laporan itu bukan sahaja tidak benar, malah diselewengkan dengan curang untuk memberi gambaran yang salah berkaitan perjalanan perbicaraan itu.

"Saya sudahpun meminta peguam saya untuk mengambil segala langkah yang perlu dan wajar di sisi undang-undang untuk menangani perkara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mukhriz menyaman Tengku Sarifuddin kerana menuduhnya, antara lain berkomplot dengan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.

Utusan Malaysia hari ini menerbitkan artikel mengenai perbicaraan berkenaan dengan tajuk "Dr Mahathir akui usaha menjatuhkan Najib sejak 2014".

Dalam artikel itu, Utusan Malaysia mendakwa Mukhriz berkata "walaupun ada yang menganggap menjadi anak Mahathir merupakan batu loncatan dalam karier politiknya namun itu bukanlah suatu jaminan".

Akhbar itu juga melaporkan Muhkriz sebagai berkata, sekiranya wujud sangkaan bahawa Mahathir berusaha ‘menebas lalang’ untuk beliau, namun itu bukanlah satu-satunya cara untuk memegang jawatan perdana menteri.

Malaysiakini juga membuat liputan perbicaraan berkenaan, di mana Mukhriz berkata adalah "tidak masuk akal" bagi Mahathir mendesaknya dilantik sebagaii perdana menteri 13 hingga 14 tahun selepas beliau bersara.




Thus Article Mukhriz ancam tindakan terhadap media, terutama Utusan

Itulah artikel Mukhriz ancam tindakan terhadap media, terutama Utusan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mukhriz ancam tindakan terhadap media, terutama Utusan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/mukhriz-ancam-tindakan-terhadap-media.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mukhriz ancam tindakan terhadap media, terutama Utusan"

Catat Ulasan

Loading...