Loading...
Tajuk : Netizen Cair Dengan Kecantikan Hannah Delisha
link : Netizen Cair Dengan Kecantikan Hannah Delisha
Netizen Cair Dengan Kecantikan Hannah Delisha
Anda kenali pelakon jelita Hannah Delisha? Sebenarnya Hannah delisha seorang aktres cantik kelahiran Singapura yang kini mula menempa nama dalam dunia lakonan di Malaysia.
Delisha juga mula menyanyi secara profesional di Malaysia sejak usia semuda 17 tahun. Dia juga merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai dia sendiri dan Mia Delisha.
Kejelitaan pelakon baru Hannah Delisha yang memegang watak Aira dalam Mencintaimu Mr. Photographer bersama Shafiq Kyle mencuri perhatian peminat setia drama bersiri ituyang akan bersiaran menganti drama Hero Seorang Cinderella.
Mencintaimu Mr. Photographer merupakan terbitan terbaru MIG Productions Sdn Bhd, adaptasi dari novel karya Emma Mariam ini diarahahkan oleh Eyra Rahman. Drama bersiriini merupakan drama pertama Delisha di Malaysia.
Selepas mula berlakon dalam beberapa drama di singapura, Delisha atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, kini kembali ke seberang Tambak untuk tampil dalam drama bersiri yang kini hangat di perkatakan.
Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, gadis kacukan ini sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol, Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri, penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad.
Di sebalik wajah jelita persis gadis mat salih, Hannah juga menggemari masakan Melayu. Gadis ini gemar menikmati masak lemak cili padi, asam pedas, ulam-ulaman dan sambal, terutamanya sambal petai.
Sumber: MEDIA HIBURAN
Thus Article Netizen Cair Dengan Kecantikan Hannah Delisha
Itulah artikel Netizen Cair Dengan Kecantikan Hannah Delisha Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Netizen Cair Dengan Kecantikan Hannah Delisha dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/netizen-cair-dengan-kecantikan-hannah.html
0 Response to "Netizen Cair Dengan Kecantikan Hannah Delisha"
Catat Ulasan