Loading...

PAS beri amaran parti lain jangan persoal hukum sebat

Loading...
PAS beri amaran parti lain jangan persoal hukum sebat - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS beri amaran parti lain jangan persoal hukum sebat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS beri amaran parti lain jangan persoal hukum sebat
link : PAS beri amaran parti lain jangan persoal hukum sebat

Baca juga


PAS beri amaran parti lain jangan persoal hukum sebat

MALAYSIAKINI


Kerajaan PAS Kelantan memberi amaran kepada parti politik bukan Islam supaya "menutup mulut" dan tidak masuk campur dalam hal ehwal Islam terutama dalam pelaksanaan hukuman sebat di tempat terbuka di negeri itu tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menegaskan, MCA, Gerakan dan DAP tiada hak mempersoalkan hal ehwal Islam.

Katanya, mereka perlu membuat kajian terlebih dahulu mengenai Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Undang-undang dan hukuman ini tidak ada kena mengena dengan mereka (bukan Islam). Tidak sepatutnya mereka memberi komen sedangkan mereka tidak memahaminya,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia hari ini.

Pada 12 Julai, DUN Kelantan meluluskan Rang Undang-­Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang membolehkan hukuman sebat terhadap pesalah syariah dijalankan di tempat terbuka.

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dilaporkan berkata, PAS cuba mencari kepentingan politik bagi mendapatkan sokongan orang Islam dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan melaksanakan undang-undang tersebut.

Dalam masa sama, Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim dilapor turut membidas PAS yang didakwa terdesak mengunakan imej Islam bagi mendapatkan kemenangan di Kelantan.

Mengulas lanjut, Mohd Nassuruddin yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan berkata, parti itu memperjuangkan hukum Islam sepanjang masa bukan hanya ketika ingin menghadapi pilihan raya.

Katanya, Kerajaan Kelantan meletakkan syariat Islam le­bih daripada segala-galanya dan pelaksanaan hukuman tersebut sebenarnya dicadangkan sejak tahun 2015 lagi.

“Sejak tahun 2015, kita telah bermesyuarat lebih 14 kali melibatkan Hakim Syarie, mufti dan pakar undang-undang Islam. Adakah tahun 2015 itu dekat de­ngan pilihan raya?” katanya.




Thus Article PAS beri amaran parti lain jangan persoal hukum sebat

Itulah artikel PAS beri amaran parti lain jangan persoal hukum sebat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS beri amaran parti lain jangan persoal hukum sebat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/pas-beri-amaran-parti-lain-jangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS beri amaran parti lain jangan persoal hukum sebat"

Catat Ulasan

Loading...