Loading...

Pasangan warga emas terperangkap dalam lif semalaman

Loading...
Pasangan warga emas terperangkap dalam lif semalaman - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pasangan warga emas terperangkap dalam lif semalaman, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pasangan warga emas terperangkap dalam lif semalaman
link : Pasangan warga emas terperangkap dalam lif semalaman

Baca juga


Pasangan warga emas terperangkap dalam lif semalaman

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
IPOH: Misteri kehilangan pasangan suami isteri warga emas selepas pergi ke sebuah pasar raya di Meru, di sini sejak kelmarin, terjawab selepas ditemui terperangkap dalam lif pasar raya berkenaan yang rosak pagi semalam. 
 
Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 74 dan 70 tahun itu ditemui selamat tetapi dalam keadaan lemah berikutan berada dalam lif terbabit lebih 24 jam. 
 
Kedua-duanya dipercayai terperangkap dalam lif berkenaan mulai jam 11.30 pagi kelmarin sebelum ditemui kira-kira jam 1 tengah hari semalam. 
 
Kehilangan dua warga emas itu dimuat naik seorang daripada anak mangsa yang menggunakan nama Mohd Khalil menerusi laman sosial yang memaklumkan kedua ibu bapanya tidak pulang ke rumah selepas keluar ke pasar raya berkenaan pagi kelmarin.
 
Menerusi status itu, Mohd Khalil berkata, kedua-dua ibu bapanya tidak membawa telefon bimbit dan kesihatan tidak mengizinkan berikutan terpaksa bergantung kepada ubat serta badan menjadi menggeletar sekiranya lewat makan. 
 
Susulan kehilangan warga emas itu, anak mereka membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang di sini pagi semalam. 
 
Sumber polis berkata, seorang daripada anak mangsa berusia 42 tahun pergi semula ke pasar raya berkenaan untuk mencari kedua ibu bapanya dan menemui kereta jenis Proton Wira dinaiki mangsa di tempat letak kereta pasar raya terbabit. 
 
Katanya, anak mangsa dan seorang pengawal mencari di sekitar pasar raya sebelum terdengar jeritan seorang lelaki di kawasan lif dan menemui kedua-dua mangsa. 
 
"Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan lanjut," katanya. 
 
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi hari ini mengesahkan polis menerima laporan berkenaan.
 
 


Thus Article Pasangan warga emas terperangkap dalam lif semalaman

Itulah artikel Pasangan warga emas terperangkap dalam lif semalaman Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pasangan warga emas terperangkap dalam lif semalaman dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/pasangan-warga-emas-terperangkap-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pasangan warga emas terperangkap dalam lif semalaman"

Catat Ulasan

Loading...