Loading...

Pengetua meninggal dunia selepas melawat asrama

Loading...
Pengetua meninggal dunia selepas melawat asrama - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengetua meninggal dunia selepas melawat asrama, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pengetua meninggal dunia selepas melawat asrama
link : Pengetua meninggal dunia selepas melawat asrama

Baca juga


Pengetua meninggal dunia selepas melawat asrama


fsadfa
Rusnani (tengah) menenangkan anak-anaknya yang sebak dengan pemergian arwah suaminya di Jabatan Forensik HTI, tengah hari tadi.
 
 
TELUK INTAN - Perginya meninggalkan seribu kenangan walaupun hanya sempat menabur bakti di sekolah yang berjasa kepadanya selama tiga bulan sahaja selepas dinaikkan pangkat menjadi pengetua bermula 6 April lalu.

Allahyarham Hamzani Suien, Pengetua Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (Semesti) pergi menemui ILLAHI selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam keretanya di hadapan Asrama Putera Semesti, awal pagi semalam.

Bagi isteri arwah Rusnani Abdul Razak, 44, pemergian suaminya begitu mengejutkan kerana mereka baharu sahaja pulang daripada bercuti hari raya di Meru, Selangor dan kampungnya di Terengganu.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah adalah awal pagi semalam ketika dia ingin pulang ke Teluk Intan bagi memulakan kerja selepas tamat bercuti hari raya bersama kami sekeluarga.

"Ketika itu arwah suami bersikap seperti biasa dan saya sempat menyediakan juadah untuknya bersahur kerana dia berpuasa enam," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan (HTI), tengah hari tadi.

Menurut Rusnani dia pada mulanya menerima panggilan telefon daripada Penolong Kanan Semesti mengatakan suaminya pengsan di dalam kereta lalu dia bersama abang iparnya bergegas ke Teluk Intan.

"Ketika dalam perjalanan ke Teluk Intan, saya menerima panggilan daripada bekas majikan suami saya dahulu memaklumkan bahawa arwah sudah pergi meninggalkan kami semua.

"Saya terlalu sedih ketika itu lalu memberi telefon kepada abang ipar untuk bercakap dengan penolong kanan sekolah yang memaklumkan arwah di bawa ke HTI untuk bedah siasat," katanya.



Thus Article Pengetua meninggal dunia selepas melawat asrama

Itulah artikel Pengetua meninggal dunia selepas melawat asrama Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pengetua meninggal dunia selepas melawat asrama dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/pengetua-meninggal-dunia-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengetua meninggal dunia selepas melawat asrama"

Catat Ulasan

Loading...