Loading...

Penyanyi Mus May Kini Koma Akibat Demam Panas

Loading...
Penyanyi Mus May Kini Koma Akibat Demam Panas - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penyanyi Mus May Kini Koma Akibat Demam Panas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penyanyi Mus May Kini Koma Akibat Demam Panas
link : Penyanyi Mus May Kini Koma Akibat Demam Panas

Baca juga


Penyanyi Mus May Kini Koma Akibat Demam Panas


Vokalis kumpulan May iaitu Mus berada dalam keadaan koma dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam panas sejak tiga hari lalu.

Isterinya yang dikenali sebagai Sue memberitahu, suaminya itu diletakkan dalam keadaan koma oleh doktor ekoran situasi diri dia yang terlalu lemah selain bagi membolehkan keadaannya stabil.

"Buat masa sekarang Abang Mus masih berada di zon kritikal HKL, sementara menanti untuk dipindahkan ke wad ICU (Unit Rawatan Rapi).

"Doktor sudah menjalankan beberapa ujian bagi mengenal pasti keadaannya dan keputusan hanya akan diketahui esok (Selasa)," katanya.

Dalam pada itu, Sue berkata, keadaan Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 49, bertambah teruk pada petang Isnin akibat demam berkenaan.

"Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital," ujarnya.

Ditanya punca Mus mengalami sakit, Sue memberitahu suaminya berada dalam keadaan baik sebelum ini namun dia mungkin keletihan.

"Buat masa ini susah saya hendak cakap tentang keadaan sebenar dan harapnya tiada yang serius," jelasnya yang mengharap doa semua pihak terhadap Mus.


Thus Article Penyanyi Mus May Kini Koma Akibat Demam Panas

Itulah artikel Penyanyi Mus May Kini Koma Akibat Demam Panas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penyanyi Mus May Kini Koma Akibat Demam Panas dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/penyanyi-mus-may-kini-koma-akibat-demam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penyanyi Mus May Kini Koma Akibat Demam Panas"

Catat Ulasan

Loading...