Loading...

Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai

Loading...
Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai
link : Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai

Baca juga


Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai

 
Khalid Abu Bakar bagaimanapun tidak pasti mengenai status paderi itu yang hilang sejak Februari lalu.


Khalid-Abu-Bakar-pastor-raymond-koh

KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan penculikan paderi Raymond Koh yang hilang sejak 13 Februari lalu mempunyai hubung kait dengan sebuah kumpulan lain di Selatan Thailand.

Bagaimanapun, ketua polis negara itu tidak mendedahkan sama ada kumpulan terbabit menpunyai kaitan dengan pengganas atau penjenayah.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh pihaknya hasil soal siasat terhadap 4 tangkapan awal dalam satu operasi sekitar Jun lalu.

Katanya, 4 suspek itu ditangkap selepas polis menembak mati suspek utama kumpulan penyeludupan itu dalam satu operasi tembak menembak di Kampung Weng Dalam, Baling, Kedah pada 17 Jun lalu.

“Kita mengesyaki bahawa kumpulan ini terlibat yang diketuai oleh suspek yang kita tembak mati.

“Kumpulan ini terlibat membawa lari Pastor Koh dan siasatan kita mendapati bahawa kumpulan ini ada hubung kait dengan satu kumpulan lain Selatan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengerusi Perkep dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di sini hari ini.

Koh, 62, diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100 meter dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Februari. Mangsa memandu kereta Honda Accord berwarna perak dengan nombor plat ST 5515 D.

Beliau dalam perjalanan ke rumah rakannya di Kelana Jaya ketika diculik dan menerusi rakaman CCTV, penculikan itu nampak terancang membabitkan lebih 10 lelaki dan 7 kenderaan pada waktu siang.

Khalid berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis Thailand berkenaan perkara itu.
Beliau dalam masa yang sama turut ditanya sama ada Koh masih lagi hidup.

“Saya tak boleh nak beri apa-apa kepastian keadaan itu,” katanya.



Thus Article Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai

Itulah artikel Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/polis-sahkan-kehilangan-pastor-koh-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai"

Catat Ulasan

Loading...