Loading...

Saya Tak Percaya Thaqif Maut Akibat Kencing Tikus - Ibu

Loading...
Saya Tak Percaya Thaqif Maut Akibat Kencing Tikus - Ibu - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Saya Tak Percaya Thaqif Maut Akibat Kencing Tikus - Ibu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Saya Tak Percaya Thaqif Maut Akibat Kencing Tikus - Ibu
link : Saya Tak Percaya Thaqif Maut Akibat Kencing Tikus - Ibu

Baca juga


Saya Tak Percaya Thaqif Maut Akibat Kencing Tikus - Ibu


JOHOR BAHRU: Ibu kepada pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi tidak mempercayai anaknya maut disebabkan leptospirosis (penyakit kencing tikus), walaupun keputusan laporan bedah siasat menyatakannya sebagai punca kematian.

Felda Wani Ahmad, 40, berkata dia akan mendapatkan nasihat guaman.

“Kami tidak menerima sebarang berita daripada Jabatan Kesihatan berhubung keputusan bedah siasat.

“Kami mengetahui perkara ini daripada wartawan yang menghubungi kami,” katanya sambil menambah bahawa semua ibu bapa akan berasa sedih berdepan dengan situasi tersebut.

Dalam pada itu, Felda mempersoalkan mengapa proses pengesahan punca kematian anaknya mengambil masa lama.

“Pihak hospital telah mengambil sampel dari kaki anak saya ketika dia masih hidup dan mereka mengambil masa dua bulan untuk mengenal pasti punca kematiannya,” ujarnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Thaqif meninggal dunia kerana leptospirosis dan beberapa kerumitan lain. 

Laporan bedah siasat dikemukakan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di sini pada 26 April lalu sebelum sempat menjalani pembedahan memotong tangan kanannya, yang dijangkiti bakteria selepas cedera dipercayai didera pembantu warden terbabit.

Sebelum itu, kedua-dua kaki pelajar itu telah dipotong akibat jangkitan sama. 

Sumber: mStar


Thus Article Saya Tak Percaya Thaqif Maut Akibat Kencing Tikus - Ibu

Itulah artikel Saya Tak Percaya Thaqif Maut Akibat Kencing Tikus - Ibu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Saya Tak Percaya Thaqif Maut Akibat Kencing Tikus - Ibu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/saya-tak-percaya-thaqif-maut-akibat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saya Tak Percaya Thaqif Maut Akibat Kencing Tikus - Ibu"

Catat Ulasan

Loading...