Loading...

Sejak Bila Tok Ti Jadi Pembaca Berita RTM Ni?

Loading...
Sejak Bila Tok Ti Jadi Pembaca Berita RTM Ni? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sejak Bila Tok Ti Jadi Pembaca Berita RTM Ni?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sejak Bila Tok Ti Jadi Pembaca Berita RTM Ni?
link : Sejak Bila Tok Ti Jadi Pembaca Berita RTM Ni?

Baca juga


Sejak Bila Tok Ti Jadi Pembaca Berita RTM Ni?


Jangan terkejut pula, 'Siti Nurhaliza' yang dimaksudkan itu ialah Normazalina Mohd Nor, 33, penyampai berita Nasional 8 di TV1 terbitan RTM. 

Ramai yang mengatakan wajah mereka banyak persamaan dan Normazalina mula menjadi perhatian apabila gambarnya sedang membaca berita pukul 8 malam menjadi tular di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Normazalina atau lebih selesa dipanggil Lina berkata, dia terkejut apabila menerima komen dan reaksi netizen yang menegur wajahnya seakan-akan penyanyi tersohor itu.

"Terkejut dan tidak sangka pula apabila ada kawan-kawan memberitahu tentang perkara ini menjadi viral dan komen tentang wajah seiras dengan Siti Nurhaliza.

"Pada saya tidaklah sama, mungkin teknik solekan sahaja, maklumlah, jurusolek selalu ada sahaja idea untuk solek saya seperti wajah siapa. Jadi semalam mereka kata nak buat seperti wajah Tok Ti, itu yang nampak seiras," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Normazalina, perkara itu menjadi tular selepas wajahnya menjadi perhatian peminat-peminat penyanyi lagu Segala Perasaan itu.

Bagaimanapun dia tidak pernah berpeluang bertemu penyanyi berkenaan secara dekat.

"Perkara ini pada awalnya daripada peminat-peminat Siti Nurhaliza yang menganggap kami seiras. Selalunya selepas saya baca berita.

"Sehingga kini saya memang ada hajat nak jumpa Siti tapi tidak berpeluang lagi walaupun beliau selalu sahaja datang ke RTM," ujarnya.

Sementara itu, Normazalina berkata, dia memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2009 dan diberi peluang membaca berita pada 2010.

Kemudian, dia berhenti bekerja di agensi media tersebut untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 2013.

"Biarpun sudah berhenti sebagai wartawan penyiaran, namun saya masih lagi membaca berita secara sambilan di RTM pada hujung minggu," ujarnya.

Sumber: mStar Online



Thus Article Sejak Bila Tok Ti Jadi Pembaca Berita RTM Ni?

Itulah artikel Sejak Bila Tok Ti Jadi Pembaca Berita RTM Ni? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sejak Bila Tok Ti Jadi Pembaca Berita RTM Ni? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/sejak-bila-tok-ti-jadi-pembaca-berita.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sejak Bila Tok Ti Jadi Pembaca Berita RTM Ni?"

Catat Ulasan

Loading...