Loading...

Siapa Patut Keluar Duit Bila Dating? Lelaki Atau Perempuan??

Loading...
Siapa Patut Keluar Duit Bila Dating? Lelaki Atau Perempuan?? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Siapa Patut Keluar Duit Bila Dating? Lelaki Atau Perempuan??, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Siapa Patut Keluar Duit Bila Dating? Lelaki Atau Perempuan??
link : Siapa Patut Keluar Duit Bila Dating? Lelaki Atau Perempuan??

Baca juga


Siapa Patut Keluar Duit Bila Dating? Lelaki Atau Perempuan??


Hendak bercinta tu memang senang… seronok pula tu! Tapi bila tang nak pergi dating, masing-masing pakat ‘kejung’ kerana tak mahu keluar duit untuk belanja pasangan. Hal ini telah banyak kali dibahaskan bahawa adakah lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab di atas semua perbelanjaan sepanjang sesi temu janji. Jika lelaki yang harus keluar wang, apa pula tanggungjawab seorang perempuan?

Jika Lelaki Yang Ajak Perempuan Keluar?

Senang, kalau lelaki yang ajak… dia yang perlu bayar dan bukannya perempuan. Jangan pula awak mengharapkan si perempuan baik hati untuk bantu anda membayar segala perbelanjaan sedangkan anda yang mempelawanya dahulu untuk keluar bersama. Sudah tentu masing-masing mengharapkan pengalaman dating itu menyeronokkan bukan? Jadi, jika anda seorang lelaki, pandai-pandai dan faham-fahamlah untuk keluar duit demi kekasih yang disayangi. Percayalah, mood perempuan itu akan berubah jika anda (lelaki) memintanya untuk turut sama membayar. Lebih-lebih lagi apabila ianya ada temu janji yang pertama. “Women always need a respect!”

Jika Perempuan Yang Secara Suka Rela Mahu Menyumbang?

Ya… mungkin ada jenis perempuan yang akan berasa kesian pada si lelaki apabila tangannya secara automatik mencapai beg duit di dalam tas tangan untuk turut membayar. Namun, lazimnya dalam situasi ini lelaki sepatutnya faham yang ‘perempuan itu sebenarnya tidak rela pun mengeluarkan duitnya’. Jika benar anda seorang lelaki yang budiman dan mahu digelar sebagai ‘lelaki idaman’, anda tidak akan pernah membebankannya perempuan dengan hal yang bersangkut paut dengan kewangan. Biarkan perempuan itu tahu yang anda adalah lelaki yang sanggup berusaha keras untuk membuatnya gembira dan bahagia.

Bagaimana Jika Perempuan Benar-Benar Setuju Untuk Membayar?

Jarang ada perempuan yang akan menghalang jika lelaki ingin mengeluarkan wang untuknya, namun jika hari itu, wanita mahu mengeluarkan wang setelah berkali-kali anda sebagai lelaki menawarkan diri untuk membayar untuknya, biarkan saja… Ini berlaku mungkin kerana si dia mahu membuktikan bahawa wanita boleh menjaga dirinya sendiri atau mungkin dia tidak mahu anda fikir bahawa dia adalah pisau cukur yang sentiasa mengharapkan anda untuk memewahkannya senantiasa. Sekali-sekala… bagi lah peluang perempuan tunjuk ‘hebat’ pula.

Jika Perempuan Yang Mengajak Lelaki Keluar?

Hmm… yang ini sukar sedikit. Tetapi, jika sebagai lelaki anda mahu mengambil hatinya malah mahu membawa perhubungan itu ke tahap yang lebih serius… tak salah jika anda meringankan tulang untuk membayar bagi pihak perempuan. Barulah perempuan tu tertarik… Bonus!

Kalau Pergi Untuk Temu Janji Kasual.

Setakat pergi minum dan tengok wayang… Untuk ini, apa kata kedua-dua belah pihak jadi lebih terbuka? Yang perempuan pun cubalah faham lelaki tu… kalau asyik dia yang berbelanja, koyaklah poketnya! Jadi, jika anda pergi dating ke banyak tempat dalam satu hari, gunalah taktik secara bergilir. Jika lelaki membelikan tiket wayang, anda bayarlah untuk minuman dan popcorn. Jika lelaki bawa anda pergi jalan-jalan di taman rekreasi, anda bayarlah untuk tiket parkir. Nah, kan lebih harmoni begitu? Barulah situasi “menang – menang” namanya!

Jika Wanita Yang Memilih Tempat Temu Janji (Mahal Pula Tu)?

Daripada anda sebagai lelaki yang pening kepala, meroyan tidak tahu mana hendak ‘korek’ duit untuk membayar kelak, ada baiknya individu tersebut terus menolak pelawaan wanita secara keseluruhan. Sebab itu, adalah penting untuk seseorang mempunyai perancangan. Bila kedua-dua belah pihak bersetuju, barulah boleh meneruskan niat tersebut. Jika tidak, baik tak perlu langsung! Dan dinasihatkan supaya jika anda mengajak lelaki atau perempuan keluar untuk sebuah temu janji, pastikan anda ada perancangan kedua atau backup plan. Mana tahu jika sesi temu janji yang awal tadi tidak menjadi, sekuranng-kurangnya anda mempunyai cadangan rancangan yang seterusnya.

Macam Mana Hendak Pastikan Yang Anda Sentiasa Berduit?

Perempuan memang sentiasa mahukan lelaki yang boleh memberi dan tidak berkira. Kerana bagi mereka, cinta bukanlah sekadar ungkapan I Love You semata-mata. Kadang-kala dia juga mahu terasa dihargai seperti mana wanita-wanita yang beruntung di luar sana apabila teman lelaki atau suami mereka menghujani mereka dengan pemberian hadiah. Benar, Rasulullah sendiri memberitahu bahawasanya salah satu perbuatan yang bisa menjamin kebahagian dalam rumah tangga adalah apabila lelaki sering memberi (hadiah) kepada isterinya.

Namun, sebagai seorang manusia yang berakal, hadiah atau pemberian ikhlas itu tidak semestinya merujuk kepada kebendaan atau objek-objek berjenama. Sekuntum bunga juga telah dikira sebagai hadiah yang bermakna dan manis buat seorang wanita. (jika wanita itu suka bungalah…) Sama seperti temu janji, jika tidak berduit, banyak lagi cara lain untuk menjadika n sesi temu janji yang murah menjadi sesuatu yang seronok apabila dilakukan dalam keadaan ynag diuar jangkaan. Sebagai contoh, anda boleh memasak sendiri di rumah dan berkelah di taman-taman atau pergi berkunjung ke hutan-hutan untuk mendaki dan beriadah sambil menikmati alam sekitar. Best apa… Free of charge!

Kesimpulan.

Sebagai seorang lelaki, sememangnya mereka yang bertanggungjawab untuk memberi dan adalah mustahak bagi mereka untuk memastikan yang perempuan berasa selesa dan selamat sepanjang berada disisinya. Namun, sebagai seorang perempuan pula, haruslah kita mempunyai hati perut untuk memahami situasi lelaki agar kita tidak dilabel sebagai wanita yang memiliki sifat queen control atau pisau cukur. Okay?

Sumber: Baituljannah.com


Thus Article Siapa Patut Keluar Duit Bila Dating? Lelaki Atau Perempuan??

Itulah artikel Siapa Patut Keluar Duit Bila Dating? Lelaki Atau Perempuan?? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Siapa Patut Keluar Duit Bila Dating? Lelaki Atau Perempuan?? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/siapa-patut-keluar-duit-bila-dating.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siapa Patut Keluar Duit Bila Dating? Lelaki Atau Perempuan??"

Catat Ulasan

Loading...