Loading...
Tajuk : Skuad negara tewas aksi kedua
link : Skuad negara tewas aksi kedua
Skuad negara tewas aksi kedua
Aziman Rosdi di Bangkok
aziman@hmetro.com.my
SKUAD bawah 22 tahun negara (B-22) gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 0-3 kepada Thailand B-22 dalam aksi kedua Kumpulan H kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok, hari ini.
Kekalahan itu bagaimanapun tidak menutup peluang anak buah Datuk Ong Kim Swee untuk mara ke pusingan akhir di China tahun depan.
Malaysia perlu menang ke atas Mongolia pada aksi terakhir Ahad ini manakala Thailand akan membuat perhitungan dengan Indonesia bagi slot automatik selaku juara kumpulan.
Malaysia kini menduduki tangga kedua kumpulan dengan tiga mata berkongsi mata bersama Indonesia yang bangkit selepas tumpas 0-3 kepada skuad negara Rabu lalu apabila membelasah Mongolia 7-0 pada aksi kedua.
Thailand pula muncul pendahulu dengan empat mata selepas seri 1-1 dengan Mongolia pada perlawanan pembukaan.
Dalam perlawanan kedua menentang Malaysia, tuan rumah dikendalikan bekas pemain import Kelantan Worrawoot Srimaka membuka tirai jaringan pada ke ke-24 hasil sepakan kapten Chenrop Samphaodi.
Chenrop sekali lagi menghukum kesilapan pertahanan negara yang gagal mengeluarkan bola dalam kawasan bahaya apabila merembat bola dari jarak dekat menewaskan penjaga gol Amierul Hakimi Awang sebelum tamat babak pertama.
Tuan rumah terus selesa pada m-86 apabila pemain gantian Phicha Au-Tra meledak gol ketiga apabila memanfaatkan situasi satu lawan satu dengan Amierul Hakimi.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Julai 2017 @ 10:48 PM
Thus Article Skuad negara tewas aksi kedua
Itulah artikel Skuad negara tewas aksi kedua Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Skuad negara tewas aksi kedua dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/skuad-negara-tewas-aksi-kedua.html
0 Response to "Skuad negara tewas aksi kedua"
Catat Ulasan