Loading...

SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London

Loading...
SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London
link : SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London

Baca juga


SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London

MALAYSIAKINI


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan penyiasat membuka kembali kertas siasatan berhubung pembelian hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) antara tahun 2013 dan 2015.

Langkah itu diambil susulan suruhanjaya itu mendapat maklumat baharu berhubung kes itu.

“Pasukan penyiasat juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan pembelian hotel tersebut
dan kini dalam proses menilai serta meneliti kesemua maklumat yang diperoleh,” menurut kenyataan SPRM.

“Menerusi maklumat siasatan awal yang diperoleh, FIC dipercayai telah membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.”

SPRM pada Mei 2015 tidak mendapati sebarang salah laku dalam transaksi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low memberitahu parlimen bahawa siasatan SPRM tidak menjumpai asas kesalahan mana-mana pihak dalam kes pembelian hotel Grand Plaza Kensington bernilai RM538 juta.

Beliau bagaimanapun berkata pihak yang mempunyai maklumat tambahan boleh mengemukakannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, kenyataan SPRM juga menyebut siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel itu.

“SPRM juga akan memanggil beberapa orang saksi penting dalam masa terdekat bagi tujuan merakam percakapan untuk mendapatkan maklumat serta bukti yang kukuh sebelum tindakan lanjut diambil,” kata badan itu



Thus Article SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London

Itulah artikel SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/sprm-buka-semula-siasatan-kes-hotel.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPRM buka semula siasatan kes hotel Felda di London"

Catat Ulasan

Loading...