Loading...

Suami Naik Angin Tetak Isteri Kerana Cemburu Sangka Ada Hubungan Sulit Di Facebook

Loading...
Suami Naik Angin Tetak Isteri Kerana Cemburu Sangka Ada Hubungan Sulit Di Facebook - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Suami Naik Angin Tetak Isteri Kerana Cemburu Sangka Ada Hubungan Sulit Di Facebook, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Suami Naik Angin Tetak Isteri Kerana Cemburu Sangka Ada Hubungan Sulit Di Facebook
link : Suami Naik Angin Tetak Isteri Kerana Cemburu Sangka Ada Hubungan Sulit Di Facebook

Baca juga


Suami Naik Angin Tetak Isteri Kerana Cemburu Sangka Ada Hubungan Sulit Di Facebook


Beaufort – Akibat cemburu, seorang wanita parah ditetak suaminya menggunakan parang di belakang kedai runcit Kampung Bawan, Membakut, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 45 tahun yang parah di bahu kanan dan kedua-dua tangannya dibawa ke Hospital Beaufort sebelum dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Suspek ditangkap oleh anak saudaranya selepas mengaku menetak mangsa sebelum menyerahkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, siasatan mendapati berlaku pertengkaran antara suspek dengan mangsa di belakang kedai runcit kira-kira 20 meter dari rumah mereka.

“Suspek dikatakan menetak mangsa dengan parang pada bahagian bahu kanan dan kedua-dua tangan mangsa.

“Suspek kemudian beredar dan pergi ke rumah anak saudaranya dan memaklumkan menetak isterinya.

“Susulan itu, anak saudaranya menangkap suspek ketika hendak melarikan diri,” katanya di sini, hari ini.

Azmir berkata, seorang daripada ahli keluarga suspek kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan terus menghubungi ambulans selepas mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Beaufort untuk rawatan manakala suspek diserahkan kepada anggota polis di Balai Polis Membakut yang tiba di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati punca kejadian adalah akibat suspek cemburu selepas mengesyaki mangsa (isteri) mempunyai hubungan dengan lelaki lain di dalam Facebook.

“Selain itu, salah seorang anak mereka memaklumkan suspek dan mangsa sering bertengkar sejak awal tahun 2017 lagi dan mangsa sering meminta cerai namun suspek enggan.

“Pada Februari lalu, mangsa keluar dari rumah dan tinggal di kedai runcit yang terletak 20 meter dari rumah mereka,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang parah kemudian dipindahkan ke HQE Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut manakala suspek dan sebilah parang panjang dibawa ke IPD Beaufort untuk siasatan lanjut.

“Suspek berusia 52 tahun memegang Kad Pengenalan Pemastautin Tetap warga Indonesia direman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya. – harian metro


Thus Article Suami Naik Angin Tetak Isteri Kerana Cemburu Sangka Ada Hubungan Sulit Di Facebook

Itulah artikel Suami Naik Angin Tetak Isteri Kerana Cemburu Sangka Ada Hubungan Sulit Di Facebook Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Suami Naik Angin Tetak Isteri Kerana Cemburu Sangka Ada Hubungan Sulit Di Facebook dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/suami-naik-angin-tetak-isteri-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Suami Naik Angin Tetak Isteri Kerana Cemburu Sangka Ada Hubungan Sulit Di Facebook"

Catat Ulasan

Loading...