Loading...

Tangki air pecah, Kompleks Teruntum diarah tutup serta merta

Loading...
Tangki air pecah, Kompleks Teruntum diarah tutup serta merta - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tangki air pecah, Kompleks Teruntum diarah tutup serta merta, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tangki air pecah, Kompleks Teruntum diarah tutup serta merta
link : Tangki air pecah, Kompleks Teruntum diarah tutup serta merta

Baca juga


Tangki air pecah, Kompleks Teruntum diarah tutup serta merta

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUANTAN: Empat cedera selepas dihempap serpihan tembok akibat tangki air pecah di bumbung Kompleks Teruntum, pada jam 1 tengah hari, hari ini.
 
Insiden itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya tiga buah kereta dan sepuluh motosikal yang diletakkan di ruang letak kenderaan berhampiran kompleks tersebut rosak akibat dihempap serpihan tembok.
 
Dalam pada itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yassin berkata, susulan insiden itu, semua premis perniagaan dan pejabat kerajaan di Kompleks Teruntum di sini diarah menghentikan operasi serta-merta.
 
Ujarnya, keputusan itu dibuat atas faktor keselamatan kerana bimbang kejadian serupa berulang selepas meninjau kerosakan struktur kompleks yang terletak di Jalan Mahkota-Seri Kuantan di sini.
 
“Arahan penutupan membabitkan premis perniagaan dan pejabat kerana kita dimaklumkan kejadian ini menyebabkan bekalan air serta sistem pendingin hawa di Kompleks Teruntum tidak berfungsi.
 
“Tempoh penutupan operasi akan ditentukan kemudian selepas melakukan pemeriksaan lanjut bersama Jabatan Kerja Raya Pahang dan pihak pengurusan bangunan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Difahamkan kali terakhir pihak pengurusan kompleks berkenaan menukar tangki air itu ialah kira-kira 15 tahun lalu.
 
Kompleks itu dibuka pada Januari 1980 dan mempunyai 21 tingkat dengan 3 daripadanya dikhususnya sebagai premis perniagaan manakala selebihnya adalah ruang pejabat.
 
 


Thus Article Tangki air pecah, Kompleks Teruntum diarah tutup serta merta

Itulah artikel Tangki air pecah, Kompleks Teruntum diarah tutup serta merta Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tangki air pecah, Kompleks Teruntum diarah tutup serta merta dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/tangki-air-pecah-kompleks-teruntum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tangki air pecah, Kompleks Teruntum diarah tutup serta merta"

Catat Ulasan

Loading...