Loading...

Umat Islam Yang Dengan Sengaja Memegang Anjing Segerah Bertaubat

Loading...
Umat Islam Yang Dengan Sengaja Memegang Anjing Segerah Bertaubat - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Umat Islam Yang Dengan Sengaja Memegang Anjing Segerah Bertaubat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Umat Islam Yang Dengan Sengaja Memegang Anjing Segerah Bertaubat
link : Umat Islam Yang Dengan Sengaja Memegang Anjing Segerah Bertaubat

Baca juga


Umat Islam Yang Dengan Sengaja Memegang Anjing Segerah Bertaubat


UMAT Islam yang dengan sengaja memegang anjing diingatkan segera bertaubat kerana telah melakukan perbuatan yang menjurus kepada menghina agama Islam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha berkata, pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah, apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuhnya tanpa sebab yang juga bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagaimanapun menurut beliau, mengikut Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan memelihara haiwan berkenaan malahan mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.

"Perbuatan memelihara anjing seolah-olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam.

"JAKIM amat menyesali perbuatan memegang anjing secara sengaja begini tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam.

"Ini menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan pegangan mazhab dan ‘€˜uruf atau adat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas perbuatan seorang pengguna Facebook Nurhanizah Abdul Rahman yang telah memuat naik videonya memelihara dan memegang seekor anjing dikenali Bubu hari ini.

Mengulas lanjut Othman berkata, menurut Mazhab Syafie, umat Islam dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.

"Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘€˜mughalazah’€™ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughalazah secara sengaja.

"Tindakan sedemikian samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya," katanya.

Jelasnya, bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan secara berhikmah demi kebaikan bersama, individu berkenaan dinasihatkan agar dapat merujuk kepada pihak JAKIM berkaitan hukum memelihara anjing. - Harian Metro


Thus Article Umat Islam Yang Dengan Sengaja Memegang Anjing Segerah Bertaubat

Itulah artikel Umat Islam Yang Dengan Sengaja Memegang Anjing Segerah Bertaubat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Umat Islam Yang Dengan Sengaja Memegang Anjing Segerah Bertaubat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/umat-islam-yang-dengan-sengaja-memegang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Umat Islam Yang Dengan Sengaja Memegang Anjing Segerah Bertaubat"

Catat Ulasan

Loading...