Loading...
Tajuk : Usah cicir mata
link : Usah cicir mata
Usah cicir mata
Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Jurulatih Pahang Dollah Salleh mengaku skuad bimbingannya tidak boleh terlepas mata apabila bertemu FELDA United FC di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Maran, malam ini.
Bekas pemain kebangsaan itu mahu pemainnya memberikan sepenuh komitmen bagi memastikan Tok Gajah meraih tiga mata dalam usaha memberi tekanan kepada pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (Johor DT).
Katanya, tiada yang lebih penting buat skuad itu selain menewaskan The Fighters jika mahu mengejar kedudukan terbaik terutama mengurangkan jurang mata dengan skuad Harimau Selatan.
“Saya harap pemain beraksi dengan baik bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pahang untuk mengelak ketinggalan mata lebih banyak dengan Johor DT.
“Apa yang perlu dilakukan pemain adalah beraksi dengan baik dan memanfaatkan segala peluang biarpun FELDA United akan memberikan tentangan sengit,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Dollah yang juga bekas jurulatih kebangsaan berkata, sesi latihan di padang sintetik di sini, diharap membantu memperkemaskan persefahaman dalam kalangan pemain termasuk kecergasan.
Katanya, kecergasan bukan fokus utama sebaliknya sesi latihan selepas Aidilfitri lebih kepada membentuk percaturan terbaik dalam usaha memburu kemenangan.
“Saya tidak boleh katakan tahap kecergasan pemain berada pada prestasi terbaik tetapi mereka (pemain) diharap mempamerkan komitmen tinggi untuk menyekat tuan rumah daripada meraih kemenangan,” katanya.
Sementara itu, pemain tengah Pahang Ahmad Syamim Yahya berkata, mereka tidak boleh kehilangan mata kerana ia akan menyukarkan Tok Gajah mengejar Johor DT dalam memburu kejuaraan liga.
“Tapi, kami perlu fokus memandangkan FELDA United tampil dengan tiga import baru yang pasti memberikan kelainan,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2017 @ 9:27 AM
Thus Article Usah cicir mata
Itulah artikel Usah cicir mata Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Usah cicir mata dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/usah-cicir-mata.html
0 Response to "Usah cicir mata"
Catat Ulasan