Loading...

Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai

Loading...
Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai
link : Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai

Baca juga


Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai

SINAR ONLINE

Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai
Gambar hiasan - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan kira-kira satu peratus jemaah haji yang menghadapi kesulitan penerbangan ke Tanah Suci akibat kelewatan visa supaya bersabar kerana masalah itu akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan komunikasi Korporat TH dalam kenyataan hari ini berkata proses mendapatkan dan mencetak visa haji sedang giat diijalankan yang mana TH dan Kedutaan Arab Saudi sentiasa bekerjasama dan memantau perkara itu termasuk pada cuti hujung minggu.

"TH memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Mereka akan diterbangkan ke Tanah Suci sebaik visa diperoleh," menurut kenyataan itu.

Menurut TH, kelewatan pengeluaran visa berlaku akibat permohonan yang sangat tinggi dalam sistem berkenaan yang mengendalikan jutaan permohonan jemaah haji dari seluruh dunia.

TH berkata kelulusan untuk mendapatkan visa perlu melalui proses yang terperinci untuk setiap jemaah haji termasuk data peribadi, perjanjian tempat penginapan di Makkah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan dan sajian serta butiran bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

Menurut TH, jemaah haji yang lewat mendapat visa  akan disediakan tempat penginapan dan makanan di Kompleks Haji Kelana Jaya dengan kos berkenaan akan ditanggung sepenuhnya. - Bernama



Thus Article Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai

Itulah artikel Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/visa-th-mohon-maaf-kelewatan-bakal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai"

Catat Ulasan

Loading...