Loading...

1MDB: PAS tetap tuntut kerajaan akur keputusan Majlis Raja-Raja 2015

Loading...
1MDB: PAS tetap tuntut kerajaan akur keputusan Majlis Raja-Raja 2015 - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 1MDB: PAS tetap tuntut kerajaan akur keputusan Majlis Raja-Raja 2015, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 1MDB: PAS tetap tuntut kerajaan akur keputusan Majlis Raja-Raja 2015
link : 1MDB: PAS tetap tuntut kerajaan akur keputusan Majlis Raja-Raja 2015

Baca juga


1MDB: PAS tetap tuntut kerajaan akur keputusan Majlis Raja-Raja 2015

 
Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN

 BERIKUT ialah jawapan saya kepada soalan daripada wartawan Harakah siang tadi mengenai kegagalan 1MDB membayar IPIC pada 31 Julai yang lalu.

Apakah 3 bulan tidak cukup untuk 1MDB menyediakan bayaran kepada IPIC?

Seperti bayaran hutang kad kredit, seseorang harus tahu menguruskan kewangannya agar dapat membayar pada waktu yang ditetapkan untuk dielak dikenakan bayaran denda yang lebih mudarat.

Kegagalan 1MDB membayar IPIC sejumlah AS$603 juta pada tempoh yang ditetapkan adalah memalukan. Mengapa 1MDB tidak umum terlebih awal ia memerlukan masa, dan membiarkan IPIC yang melakukan pengumuman terlebih dahulu?

Pertama, 1MDB sudahpun mengetahui pembayaran perlu dilakukan ada 31 Julai sejak 24 April yang lalu setelah penyelesaian ini diumumkan di Bursa Saham London. Apakah 3 bulan ini tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua masalah teknikal atau ada perkara lebih besar yang sedang disembunyikan?

Sehingga kini, kita masih tidak mengetahui apa kesannya jika 1MDB gagal untuk membayar di dalam tempoh 5 hari yang diberikan oleh IPIC ekoran kegagalan membayar ansuran pertama pada 31 Julai yang lalu.

Apakah ini ekoran kegagalan mendapat duit daripada China untuk Bandar Malaysia? Mana pergi duit penjualan daripada Edra? Alasan bahawa 1MDB masih memerlukan kelulusan pengawalseliaan tambahan juga menimbulkan tanda tanya. Kelulusan mana yang sedang ditunggu 1MDB?

Bagaimana pula dengan pembayaran kedua kepada IPIC pada 31 Disember 2017? Apakah tempoh 5 bulan ini mencukupi untuk 1MDB membuat persediaan dan segala kelulusan teknikal untuk membayar tepat pada masanya?

Ini masalahnya apabila isu 1MDB tidak diluluskan untuk dibahas di parlimen. PAS tetap dengan pendirian menuntut agar kerajaan akur dengan keputusan Majlis Raja-Raja pada 2015 yang menggesa siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai isu 1MDB pada kadar segera.

* Tuan Ibrahim Tuan Man,Timbalan Presiden PAS



Thus Article 1MDB: PAS tetap tuntut kerajaan akur keputusan Majlis Raja-Raja 2015

Itulah artikel 1MDB: PAS tetap tuntut kerajaan akur keputusan Majlis Raja-Raja 2015 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 1MDB: PAS tetap tuntut kerajaan akur keputusan Majlis Raja-Raja 2015 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/1mdb-pas-tetap-tuntut-kerajaan-akur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "1MDB: PAS tetap tuntut kerajaan akur keputusan Majlis Raja-Raja 2015"

Catat Ulasan

Loading...