Loading...

4 Hero Drama Pujaan Malaya Masa Kini

Loading...
4 Hero Drama Pujaan Malaya Masa Kini - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 4 Hero Drama Pujaan Malaya Masa Kini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 4 Hero Drama Pujaan Malaya Masa Kini
link : 4 Hero Drama Pujaan Malaya Masa Kini

Baca juga


4 Hero Drama Pujaan Malaya Masa Kini


Peranan seorang hero di dalam setiap drama adalah merupakan sesuatu yang penting untuk menangkap hati penonton.

Ramai artis lelaki yang pernah menjadi hero telah membuat hati penonton cair dengan lakonan mereka.

Jom kita lihat lima hero drama yang menjadi pujaan Malaya.

1. Shukri Yahaya


Walaupun sudah agak lama di dalam industri seni namun nama Shukri Yahaya mula dikenali dan meningkat naik menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia pada tahun 2015. Lakonannya yang begitu mantap seringkali membuat hati peminat-peminatnya cair tatkala menonton drama yang dilakonkannya. Shukri juga pernah memenangi anugerah Aktor Pilihan di majlis Anugerah Drama Festival Kuala lumpur ke-4 2017 dan itu merupakan anugerah terbesar buatnya sepanjang berada dalam industri hiburan.

2. Zul Ariffin


Artis berdarah kacukan Melayu dan Belanda ini tidak pernah gagal untuk menambat hati penonton. Watak hero yang sering dibawakannya pasti akan terselit unsur romantik dengan gaya lakonannya yang bersahaja. Zul dilahirkan pada 25 Oktober 1986 di Taiping, Perak dan dia mula bergiat dalam bidang seni ada tahun 2008 dalam drama pertama lakonannya menerusi drama Awan Dania yang menampilkan Scha Alyahya sebagai watak utama drama tersebut. Drama yang telah melonjakkan namanya dalam industri seni adalah menerusi drama Rindu Awak 200% pada tahun 2014 dan telah digandingkan bersama pelakon wanita, Ayda Jebat.

3. Syafiq Kyle


Syafiq Kyle atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak telah dilahirkan pada 24 Jun 1992. Dia merupakab bekas finalis Hero Remaja 2011/2012 dan telah mendapat tempat kedua di dalam pertandingan tersebut. Selepas memenangi pertandingan tersebut, namanya mula menjadi pilihan penerbit dan pengarah untuk membintangi drama. Lakonan pertamanya adalah menerusi drama Iparku Diva pada tahun 2011 dan dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan pada tahun 2014 namanya mula menjadi sebutan masyarakat yang mula meminatinya.

4. Fattah Amin


Juara Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin kini semakin meningkat naik namanya dalam industri seni. Walaupun sering dikecam dengan lakonannya yang diistilahkan sebagai ‘kayu’ namun berkat kesabaran dan kegigihannya untuk terus maju dalam industri telah membuatkan dia semakin berjaya dalam industri. Pelbagai anugerah telah diterima olehnya dan itu sudah cukup untuk membuktikan yang dia memang diminati dan dikenali ramai. Selain menjadi seorang pelakon, Fattah juga sudah mula berjinak-jinak dlaam bidang nyanyian dan single pertamanya adalah Wanita Terakhir.

Jadi dalam ke empat-empat hero di atas yang mana satukah menjadi pilihan anda? Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak dapat dinafikan kesemua mereka mampu membuat hati kaum wanita cair dengan lakonan mereka.

Sumber: MEDIA HIBURAN


Thus Article 4 Hero Drama Pujaan Malaya Masa Kini

Itulah artikel 4 Hero Drama Pujaan Malaya Masa Kini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 4 Hero Drama Pujaan Malaya Masa Kini dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/4-hero-drama-pujaan-malaya-masa-kini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "4 Hero Drama Pujaan Malaya Masa Kini"

Catat Ulasan

Loading...