Loading...

AMARAN! Jangan Berkaki Ayam Di Tepi Pantai. Kaki Kanak-Kanak Ini Terkena Jangkitan Dan Hampir Dipotong..

Loading...
AMARAN! Jangan Berkaki Ayam Di Tepi Pantai. Kaki Kanak-Kanak Ini Terkena Jangkitan Dan Hampir Dipotong.. - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk AMARAN! Jangan Berkaki Ayam Di Tepi Pantai. Kaki Kanak-Kanak Ini Terkena Jangkitan Dan Hampir Dipotong.., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : AMARAN! Jangan Berkaki Ayam Di Tepi Pantai. Kaki Kanak-Kanak Ini Terkena Jangkitan Dan Hampir Dipotong..
link : AMARAN! Jangan Berkaki Ayam Di Tepi Pantai. Kaki Kanak-Kanak Ini Terkena Jangkitan Dan Hampir Dipotong..

Baca juga


AMARAN! Jangan Berkaki Ayam Di Tepi Pantai. Kaki Kanak-Kanak Ini Terkena Jangkitan Dan Hampir Dipotong..


Seorang ibu memberi amaran tentang bahayanya membiarkan kanak-kanak bermain di pantai dengan berkaki ayam selepas kaki anak kecilnya membengkak sehingga ia hampir perlu dipotong.

Jari kaki kiri Aria McCart mula membengkak dua kali ganda saiz normal selepas mereka sekeluarga pergi ke pantai Ardrossan pada 24 Julai.


Amy-Leigh Cavanagh bersama suaminya, Ian McCart dan anaknya Alea-Jay McCart, 4 tahun, dan Aria McCart, 18 bulan, sedang menikmati hari yang menyeronokkan di pantai.


Jari kaki Aria membengkak seperti saiz jari kaki orang dewasa dan beliau mengalami demam dan kesakitan.

Beliau dimasukkan ke hospital dan dikuarantin selama dua hari. Pembengkakan itu mengakibatkan beliau demam dan menderita kesakitan lalu menyebabkan doktor terpaksa membuang kulit pada keseluruhan ibu jari kakinya.

Ibunya, Amy-Leigh Cavanagh, mendakwa jangkitan misteri anaknya mungkin disebabkan oleh air kencing anjing di pantai. Penyebab lain adalah air kencing manusia, bahan kimia yang tidak diketahui, atau bisa daripada gigitan ikan.

Dan sekarang, Aria masih mengalami kesakitan dan bergelut untuk berjalan yang mengambil masa selama 2 minggu. Amy-leigh dari Ardrossan, Ayrshire Utara berpesan kepada orang ramai untuk menjaga dan memakai kasut semasa bermain di luar rumah.

Pemilik sekolah tarian, Amy-leigh berkata: “Selepas bermain di pantai dan tiba rumah, saya memandikan beliau. Badannya panas walaupun selepas mandi, membuatkan saya berasa ada sesuatu yang tidak kena.

“Bibirnya bertukar menjadi sedikit kebiruan, beliau mengerang kesakitan dan mula menangis. Kira-kira dua jam selepas kami kembali daripada pantai.

“Beliau demam dan menjadi lesu. Saya fikir ia hanyalah demam biasa. Saya menelefon NHS 24 untuk nasihat tetapi mereka berkata saya melakukan semua perkara dengan betul.

“Kemudian pada hari Khamis saya perasan yang kakinya mempunyai lebam dan jari kakinya agak merah.”

Jari kakinya semakin membengkak selepas 5 hari pergi ke pantai tersebut.


Amy-leigh berkata Aria diberikan antibiotik. Tetapi beliau terkejut apabila ibu jari kaki anaknya itu semakin membengkak.

“Saya menjangkakan ia semakin pulih, tetapi ia menjadi semakin teruk dan ia menjadi bernanah. Ia menyebabkan saya semakin risau.

“Saya menelefon NHS 24 sekali lagi dan mereka menyuruh saya untuk menunggu sehingga antibiotik mula berkesan. Mereka menyuruh saya untuk melukis garis di mana bengkak itu dikesan.

“Kemudian pada pagi Sabtu ibu jari kaki anak saya membengkak dua kali ganda saiz normal- ia kelihatan seperti ibu jari kaki orang dewasa. Ia mengerikan.”

Aria hampir kehilangan ibu jari kakinya selepas dijangkiti kuman yang disyaki disebabkan oleh air kencing anjing.

Amy-leigh membawa anaknya ke Hospital Universiti Crosshouse, di mana anaknya dikuarantin. Pakar bedah dengan pantas memutuskan bahawa pembedahan perlu dilakukan untuk membendung ‘racun’ daripada merebak ke bahagian lain dan untuk menyelamatkan kaki anaknya itu.

Beliau terkejut dan terperanjat kerana jangkitan yang berbahaya itu adalah disebabkan beliau membiarkan anaknya bermain di tepi pantai tanpa memakai kasut dan berkaki ayam.

Kulit ibu jari kakinya dibuang selepas ia mula membengkak

Amy-leigh berkata: “Mereka tidak begitu pasti tentang jangkitan itu. Saya begitu risau melihat keadaan Aria seperti itu. Apabila doktor datang, beliau akan menjerit kesakitan.”

Selepas dua malam di hospital, Aria dapat pulang ke rumah, tetapi menurut Amy-leigh anaknya masih mengalami trauma.

Amy-leigh berkata: “Apabila saya kembali ke hospital untuk menukar balutan kakinya, mereka bimbang ia tidak sembuh dengan sempurna dan berisiko dijangkiti septicaemi, lalu mereka menukar antibiotiknya.

“Ibu jari kakinya semakin pulih dan baik tetapi beliau tidak dapat berjalan. Beliau tidak dapat memakai kasut dan beliau masih trauma apabila orang dekat dengan kakinya.”

Selepas bergelut dengan rasa bersalah dan ketakutan, Amy-leigh mengatakan beliau bertekad untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko berjalan kaki ayam di luar rumah.

Aria McCart takut jika orang menghampiri atau menyentuh kakinya

Amy-leigh berkata: “Saya berasa bersalah di dalam hal ini kerana saya sepatutnya memakaikannya kasut. Sudah banyak kali kami ke pantai itu, dan setiap kali tiba di tepi pantai kami akan membuka kasut.

“Tetapi doktor berkata ia akan terjadi kepada sesiapa pun.

“Ia sangat mengejutkan. Saya tidak tahu perkara seperti itu boleh berlaku. Saya akan timbulkan kesedaran kepada orang ramai mengenai hal ini.

“Jika orang berada di pantai dengan anjing mereka, mereka mungkin tidak menyedari apa yang dilakukan oleh anjing mereka.”


Mulai sekarang, keluarga ini akan memakai kasut ataupun selipar apabila mereka pergi ke pantai selepas jangkitan yang menyeramkan berlaku ke atas Aria.

Amy-leigh berkata: “Saya telah membeli sarung kaki kepada Aria. Kami berharap Aria akan okay dan kami menunggu kulitnya untuk tumbuh semula.

“Saya akan pastikan mereka sentiasa dilindungi. Hal ini kerana, apa sahaja boleh berlaku jika kita terleka”.

Sumber asal: Era Baru


Thus Article AMARAN! Jangan Berkaki Ayam Di Tepi Pantai. Kaki Kanak-Kanak Ini Terkena Jangkitan Dan Hampir Dipotong..

Itulah artikel AMARAN! Jangan Berkaki Ayam Di Tepi Pantai. Kaki Kanak-Kanak Ini Terkena Jangkitan Dan Hampir Dipotong.. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel AMARAN! Jangan Berkaki Ayam Di Tepi Pantai. Kaki Kanak-Kanak Ini Terkena Jangkitan Dan Hampir Dipotong.. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/amaran-jangan-berkaki-ayam-di-tepi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AMARAN! Jangan Berkaki Ayam Di Tepi Pantai. Kaki Kanak-Kanak Ini Terkena Jangkitan Dan Hampir Dipotong.."

Catat Ulasan

Loading...