Loading...
Tajuk : Apa perkembangan kes polis ditahan di Melaka?
link : Apa perkembangan kes polis ditahan di Melaka?
Apa perkembangan kes polis ditahan di Melaka?
Siti Nursyahidah Abu Bakar
Gobind Singh Deo
KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak memberi penjelasan mengenai perkembangan kes pegawai polis yang ditahan di Melaka, Mei lalu.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri bertanggungjawab perlu memberi jawapan.
"Saya minta Ahmad Zahid untuk beri kenyataan. Adakah kes ini masih berterusan siasatannya dalam Ops Gobi?
"Kenapa sehingga sekarang masih tiada tindakan? Jika ada, apakah tindakan itu dan kenapa tiada pengumuman?," soalnya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
Mei lalu, seramai 13 suspek termasuk anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan tuduhan mengambil wang suapan melibatkan pusat judi dan rumah urut di Melaka.
Gobind mendakwa, rakyat masih ternanti-nanti apakah perkembangan kes tersebut.
"Sekarang kes ini sudah tiga bulan tetapi langsung tiada tindakan. Kenapa kes besar ini tiada sebarang penjelasan?
"Tiba-tiba ia hilang dari radar dan tiada sesiapa komen isu ini, diam saja. Saya berkali-kali minta jawapan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Polis Negara, tetapi tiada (jawapan)," katanya.
Menurut beliau, penjelasan kes itu penting kerana ia melibatkan soal integriti.
"Malah, sebagai rakyat kita perlu jaminan bahawa sebarang laporan polis yang dibuat diuruskan oleh pegawai polis yang tidak bermasalah," katanya.
Thus Article Apa perkembangan kes polis ditahan di Melaka?
Itulah artikel Apa perkembangan kes polis ditahan di Melaka? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Apa perkembangan kes polis ditahan di Melaka? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/apa-perkembangan-kes-polis-ditahan-di.html
0 Response to "Apa perkembangan kes polis ditahan di Melaka?"
Catat Ulasan