Loading...

Asri petik pandangan luar biasa mazhab Syafi’e mengenai anak luar nikah

Loading...
Asri petik pandangan luar biasa mazhab Syafi’e mengenai anak luar nikah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Asri petik pandangan luar biasa mazhab Syafi’e mengenai anak luar nikah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Asri petik pandangan luar biasa mazhab Syafi’e mengenai anak luar nikah
link : Asri petik pandangan luar biasa mazhab Syafi’e mengenai anak luar nikah

Baca juga


Asri petik pandangan luar biasa mazhab Syafi’e mengenai anak luar nikah

 
Mufti Perlis itu berkata ia menunjukkan perlunya umat Islam mengalu-alukan kepelbagaian pandangan dalam menyelesaikan masalah semasa.


asri

PETALING JAYA: Sehari selepas dituduh membelakangkan pandangan ulama silam dalam isu status anak luar nikah dalam Islam, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata mazhab Syafi’e yang menjadi anutan majoriti umat Islam Malaysia membenarkan seorang bapa berkahwin dengan anak luar nikahnya sendiri.

Asri berkata ia kerana mazhab tersebut menganggap bapa dan anak yang dilahirkan daripada hubungan luar nikah tidak mempunyai hubungan.

Asri berkata walaupun pandangan itu “boleh memberi sangkaan yang salah”, ia masih tidak bermakna ulama yang mengeluarkan pandangan ini boleh diserang.

“Demikian sikap sepatutnya terhadap ijtihad yang datang dari para mujtahid yang muktabar,” kata Asri dalam catatan Facebook hari ini.

Asri berkata adalah penting kepelbagaian pandangan fekah dialu-alukan dalam dunia yang mengalami perubahan.

“Ia menjadi jalan keluar untuk penyelesaian masalah yang mungkin tidak sama pada zaman yang lepas. Ketaksuban dan kedangkalan menjadikan kita gagal menangani permasalahan yang baru,” tambahnya.

Ia merupakan respon kedua Asri selepas mengundang kritikan pedas Mufti Perak Tan Sri Harussani semalam kerana menyokong penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes membabitkan seorang kanak-kanak luar nikah.

Mahkamah Rayuan minggu lalu menegur JPN kerana bertindak di luar kuasa apabila meletakkan “bin Abdullah” untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak yang diberikan taraf luar nikah ketika kelahirannya.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli berkata Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak membezakan antara kanak-kanak Islam dan bukan Islam, dan sebarang fatwa tidak boleh dijadikan rujukan dalam hal sivil.

Ia mengundang kritikan beberapa pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menyeru umat Islam bersatu di belakang pihak berkuasa agama bagi merayu keputusan mahkamah itu.

Harussani berkata sokongan Asri terhadap penghakiman itu umpama menghalalkan zina.

“Pendapat mufti Perlis ini menghalalkan zina. Benda yang diputuskan sejak berzaman tidak boleh ubah, sebab ia berasaskan Al-Quran, hadis, ijma (persetujuan) ulama. Kenapa kita nak melawan hadis?” soal mufti Perak itu.

“Saya harap ulama ini harus berhati-hati, kita pakailah ijma yang telah dibuat berkurun lamanya.”

Asri hari ini turut memetik beberapa pandangan tegas lain, termasuk pendirian kesemua 4 mazhab Sunnah yang mengharamkan muzik.

“Tidaklah pula kita mendengar ada pihak yang menyatakan bahaya orangramai kerana telah keluar daripada mazhab jumhur. Bahkan yang mendakwa dirinya kukuh memegang mazhab itu pun mendengar muzik dan menonton filem yang bermuzik, juga handphone pun bermuzik. Tidaklah pula dia menghukum dirinya sesat kerana keluar mazhab?” katanya.



Thus Article Asri petik pandangan luar biasa mazhab Syafi’e mengenai anak luar nikah

Itulah artikel Asri petik pandangan luar biasa mazhab Syafi’e mengenai anak luar nikah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Asri petik pandangan luar biasa mazhab Syafi’e mengenai anak luar nikah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/asri-petik-pandangan-luar-biasa-mazhab.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Asri petik pandangan luar biasa mazhab Syafi’e mengenai anak luar nikah"

Catat Ulasan

Loading...