Loading...

Azmin Tegas Mahu Berbincang Dengan PAS Selangor

Loading...
Azmin Tegas Mahu Berbincang Dengan PAS Selangor - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Azmin Tegas Mahu Berbincang Dengan PAS Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Azmin Tegas Mahu Berbincang Dengan PAS Selangor
link : Azmin Tegas Mahu Berbincang Dengan PAS Selangor

Baca juga


Azmin Tegas Mahu Berbincang Dengan PAS Selangor






SEPANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berbincang dengan PAS Selangor meskipun PAS negeri itu berhasrat untuk bertanding sebanyak 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14).


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata isu itu dapat diselesaikan dalam bentuk perbincangan. PKR sedia berbincang dengan semua pihak.

“Ia adalah perkara biasa bagi mana-mana parti politik untuk bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan raya,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita apabila ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya ke tanah air dari lawatan kerja ke Zurich, Switzerland.

Khamis lalu, PAS Selangor mengumumkan untuk bertanding sekurang-kurangnya di 42 kerusi DUN Selangor, termasuk kerusi yang disandang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (DUN Kajang) dan Mohamed Azmin (DUN Bukit Antarabangsa).

PAS juga mahu bertanding semula di kerusi Parlimen Gombak yang kini turut disandang Mohamad Azmin.

Sementara itu, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu menafikan bahawa terdapat perbincangan rasmi antara PKR dengan PAS berhubung pembahagian kerusi berikutan tersebarnya gambar kunjungan beliau bersama Wan Azizah terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

“Ini merupakan satu ziarah kerana masalah kesihatan beliau (Hadi). Sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia, kita menziarahi antara satu sama lain,” katanya.

Mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Universiti Selangor (UNISEL) dan Menteri Besar Incorporated (MBI), Mohamed Azmin berkata beliau mahu SPRM bertindak adil dan profesional.

“Kerajaan negeri, MBI dan UNISEL akan memberikan semua dokumen dan kerjasama (yang diperlukan).

“Siasat secara terbuka, telus dan profesional… tiada perkara akan disorok. Semua proses (pembayaran) berjalan dengan telus dan terbuka demi menjamin perjalanan akademik dan keselesaan di Unisel,” katanya.

Selasa lalu, SPRM menyiasat dakwaan penyelewengan pembayaran RM16 juta dipercayai oleh MBI kepada sebuah syarikat swasta.

Syarikat swasta itu dikatakan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kediaman pelajar di kampus induk UNISEL di Bestari Jaya, Kuala Selangor – AP



Thus Article Azmin Tegas Mahu Berbincang Dengan PAS Selangor

Itulah artikel Azmin Tegas Mahu Berbincang Dengan PAS Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Azmin Tegas Mahu Berbincang Dengan PAS Selangor dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/azmin-tegas-mahu-berbincang-dengan-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azmin Tegas Mahu Berbincang Dengan PAS Selangor"

Catat Ulasan

Loading...