Loading...
Tajuk : Bakal Melangsungkan Perkahwinan Esok, Tunku Aminah Teruja Tinggal Di Rumah Sendiri
link : Bakal Melangsungkan Perkahwinan Esok, Tunku Aminah Teruja Tinggal Di Rumah Sendiri
Bakal Melangsungkan Perkahwinan Esok, Tunku Aminah Teruja Tinggal Di Rumah Sendiri
Puteri Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim sedang menyiapkan mahligai baharunya sebagai persediaan mengharungi kehidupan selepas mendirikan rumah tangga.
Ini satu pengalaman baharu buat puteri itu untuk mengharungi kehidupan bersama bakal suami, Dennis Muhammad Abdullah, seorang warga Belanda selepas perkahwinan mereka, esok.
"Kami akan berpindah ke rumah sendiri dan memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri.
"Ini adalah pertama kali saya akan tinggal sendiri, dan jauh dari ayahanda, bonda serta ahli keluarga yang lain," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Royal Press Office, pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga diraja Johor, pada Ahad.
Istiadat pertunangan Tunku Tun Aminah akan berlangsung di Istana Bukit Serene di sebelah pagi esok, diikuti dengan Istiadat Akad Nikah.
Manakala pada sebelah malam, pengantin Diraja itu akan diraikan dalam Istiadat Persandingan di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru.
Kesemua istiadat itu akan dijalankan penuh adat istiadat dan budaya Diraja Johor, di mana pengantin perempuan akan mengenakan Baju Kurung Teluk Belanga, manakala pengantin lelaki mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga.
Sumber: Astro Awani
Thus Article Bakal Melangsungkan Perkahwinan Esok, Tunku Aminah Teruja Tinggal Di Rumah Sendiri
Itulah artikel Bakal Melangsungkan Perkahwinan Esok, Tunku Aminah Teruja Tinggal Di Rumah Sendiri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bakal Melangsungkan Perkahwinan Esok, Tunku Aminah Teruja Tinggal Di Rumah Sendiri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/bakal-melangsungkan-perkahwinan-esok.html
0 Response to "Bakal Melangsungkan Perkahwinan Esok, Tunku Aminah Teruja Tinggal Di Rumah Sendiri"
Catat Ulasan