Loading...
Tajuk : ‘Calon Suami Saya Orang Eropah, Mirip David Beckham’ – Datuk Vida
link : ‘Calon Suami Saya Orang Eropah, Mirip David Beckham’ – Datuk Vida
‘Calon Suami Saya Orang Eropah, Mirip David Beckham’ – Datuk Vida
Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Vida (DSV), akui sedang mengenali seorang jejaka Eropah berusia awal 30-an.
Vida mendedahkan dirinya sudah ‘dirisik’ oleh jejaka berkenaan sehingga sanggup dating dari jauh ke kediamannya di Ipoh, Perak.
Jelas Vida lagi, pertemuan dengan jejaka itu diatur semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
“Kami sudah kenal beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon tapi hari raya baru-baru ini saya jemput dia untuk datang beraya di rumah.
“Terkejut jugalah sebab tak sangka dia sanggup datang dari jauh. Dah alang-alang, saya perkenalkanlah dia dengan ahli keluarga saya,” katanya seperti yang dilapor mStar Online.
Tambah Vida lagi, jejaka Eropah itu mempunyai segala kriteria calon suami yang idamannya.
“Dia ada segalanya… kacak, bermata kelabu, rambut blonde, muda, bergaya dan seorang ahli perniagaan. Saya boleh katakan dia ada iras-iras David Beckham,” katanya.
Bagaimanapun, Vida, 46, berkata buat masa ini mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
“Saya enggan terburu-buru kerana masih trauma dengan perkahwinan saya yang tidak bertahan lama sebelum ini.
“Biarlah kami berkawan terlebih dahulu. Jika sudah tertulis itu jodoh saya, siapa saya untuk menolaknya,” katanya.
Ketika ditanya mengenai negara kelahiran jejaka kacak itu, Vida bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Biarlah rahsia. Nanti bila dah sedia, saya beritahulah sayang-sayang semua,” katanya.
Terdahulu, Vida sebelum ini telah menerima sekurang-kurangnya 50 resume daripada jejaka yang meluahkan hasrat untuk memperisterikannya.
Lebih menarik, resume itu bukan sahaja diterima dalam kalangan rakyat tempatan tetapi juga dari luar negara termasuk Finland dan Scotland.
Thus Article ‘Calon Suami Saya Orang Eropah, Mirip David Beckham’ – Datuk Vida
Itulah artikel ‘Calon Suami Saya Orang Eropah, Mirip David Beckham’ – Datuk Vida Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel ‘Calon Suami Saya Orang Eropah, Mirip David Beckham’ – Datuk Vida dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/calon-suami-saya-orang-eropah-mirip.html
0 Response to "‘Calon Suami Saya Orang Eropah, Mirip David Beckham’ – Datuk Vida"
Catat Ulasan