Loading...

Diari Anak Bongkar Dia Menjadi Mangsa Rogol Teman Lelaki Ibunya Sejak April Lalu

Loading...
Diari Anak Bongkar Dia Menjadi Mangsa Rogol Teman Lelaki Ibunya Sejak April Lalu - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Diari Anak Bongkar Dia Menjadi Mangsa Rogol Teman Lelaki Ibunya Sejak April Lalu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Diari Anak Bongkar Dia Menjadi Mangsa Rogol Teman Lelaki Ibunya Sejak April Lalu
link : Diari Anak Bongkar Dia Menjadi Mangsa Rogol Teman Lelaki Ibunya Sejak April Lalu

Baca juga


Diari Anak Bongkar Dia Menjadi Mangsa Rogol Teman Lelaki Ibunya Sejak April Lalu


KAJANG, SELANGOR - Perbuatan seorang lelaki yang merogol anak teman wanitanya terbongkar selepas diari milik kanak-kanak itu ditemui oleh ibu mangsa, lapor Harian Metro. 

Rahsia itu terbongkar apabila ibu mangsa, 44, masuk ke bilik anak perempuannya yang berusia 12 tahun kira-kira jam 9 pagi 9 Ogos lalu dan terjumpa diari anaknya, yang menyatakan dia telah dirogol oleh lelaki terbabit sejak April lalu. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, ibu mangsa terkejut apabila membaca tulisan diari anak bongsunya itu yang menceritakan dia telah dicabul teman lelaki ibunya pada awal April lalu ketika wanita terbabit pergi ke China untuk urusan kerja. 

Menurut Ahmad Dzaffir, wanita itu kemudian bertanya kepada anaknya mengenai kejadian yang ditulis dalam diari itu dan mangsa mengaku suspek telah menceroboh masuk ke dalam biliknya dan merogolnya beberapa kali. 

"Remaja perempuan itu mengesahkan kejadian itu berlaku sebanyak empat kali sehingga Julai lalu," katanya. 

Susulan daripada laporan polis yang dibuat ibu mangsa, polis telah menahan suspek berusia 40 tahun yang bertugas sebagai pengurus syarikat swasta, di Jalan Semenyih, kelmarin untuk siasatan lanjut. 

Mahkamah Majistret Kajang membenarkan suspek ditahan reman selama enam hari sehingga 20 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - The Reporter


Thus Article Diari Anak Bongkar Dia Menjadi Mangsa Rogol Teman Lelaki Ibunya Sejak April Lalu

Itulah artikel Diari Anak Bongkar Dia Menjadi Mangsa Rogol Teman Lelaki Ibunya Sejak April Lalu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Diari Anak Bongkar Dia Menjadi Mangsa Rogol Teman Lelaki Ibunya Sejak April Lalu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/diari-anak-bongkar-dia-menjadi-mangsa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Diari Anak Bongkar Dia Menjadi Mangsa Rogol Teman Lelaki Ibunya Sejak April Lalu"

Catat Ulasan

Loading...