Loading...

Dr M hasut pembangkang tipu hapuskan GST, kata Najib

Loading...
Dr M hasut pembangkang tipu hapuskan GST, kata Najib - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dr M hasut pembangkang tipu hapuskan GST, kata Najib, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dr M hasut pembangkang tipu hapuskan GST, kata Najib
link : Dr M hasut pembangkang tipu hapuskan GST, kata Najib

Baca juga


Dr M hasut pembangkang tipu hapuskan GST, kata Najib

 
Perdana menteri berkata Dr Mahathir sanggup menghasut pemimpin pembangkang menipu rakyat kerana taksub menjatuhkan kerajaan.


najib-gst


PETALING JAYA: Perdana menteri menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang disebalik tuntutan pembangkang menghapuskan GST.

Datuk Seri Najib Razak berkata bekas perdana menteri itu terlalu taksub untuk menjatuhkan kerajaan, pengerusi PPBM itu memaksa pembangkang lain berjanji menghapuskan GST, walaupun sedar tanpa sumber pendapatan menggantikan hasil minyak, “ekonomi akan lumpuh dan rakyat akan menderita”.

“Baru-baru ini timbul lagi tuduhan tentang kewajaran pengenalan GST, di mana pembangkang mengatakan GST dikenakan kerana 1MDB.

“Tuduhan songsang ini satu lagi percubaan meraih sokongan meskipun pembangkang memahami tujuan sebenar GST diperkenalkan dan meskipun mereka pernah berkali-kali menyatakan akan turut mengekalkan GST,” kata Najib di blognya hari ini.

Najib menjelaskan GST diperkenalkan bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada hasil minyak, yang berkurangan sehingga lebih RM40 bilion apabila harga minyak dunia menjunam sejak 2014.

Katanya, operasi perkhidmatan awam dan asas selama ini banyak ditampung hasil daripada industri minyak yang kini tidak stabil.

“GST diperlukan untuk memastikan perkhidmatan dan kemudahan asas dapat diteruskan. Sehingga hari ini, kualiti hidup rakyat masih terjaya kerana dibiayai GST,” kata Najib, yang mengingatkan kesan RM40 bilion itu boleh menyebabkan banyak perkhidmatan terpaksa dihentikan.

“Hakikatnya tidak ada cukai yang popular tidak kiralah sebanyak mana pembangunan dan kemudahan yang wujud hasil cukai tersebut.”

Najib berkata bahaya kebergantungan kepada hasil minyak turut disedari negara pengeluar minyak lain.

“Malah, Arab Saudi, negara pengeluar minyak tertinggi turut memperkenalkan GST seperti negara-negara lain di seluruh dunia,” katanya.

“Tetapi kerana taksubnya Dr Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan, beliau memaksa pemimpin pembangkang lain untuk menipu rakyat dengan menjanjikan penghapusan GST walaupun mereka semua sedar yang tanpa sumber pendapatan menggantikan hasil minyak, ekonomi negara akan lumpuh dan rakyat akan menderita.”

Malaysia menggantikan rejim Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan GST pada 1 April 2015 bagi memodenkan sistem percukaikan dan meningkatkan kecekapan perniagaan.

Sistem GST negara mempunyai 2 kadar iaitu 6% dan 0%, dengan kadar sifar dikenakan kepada barangan eksport, makanan, buku dan perkhidmatan antarabangsa. Pengecualian secara umumnya diberikan kepada pengangkutan awam.

Kerajaan dijangka mengutip RM42 bilion GST tahun ini berbanding RM41 bilion pada 2016.



Thus Article Dr M hasut pembangkang tipu hapuskan GST, kata Najib

Itulah artikel Dr M hasut pembangkang tipu hapuskan GST, kata Najib Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dr M hasut pembangkang tipu hapuskan GST, kata Najib dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/dr-m-hasut-pembangkang-tipu-hapuskan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dr M hasut pembangkang tipu hapuskan GST, kata Najib"

Catat Ulasan

Loading...