Loading...
Tajuk : Dua maut kenderaan terbabas
link : Dua maut kenderaan terbabas
Dua maut kenderaan terbabas
ANTARAPOS.COMKEPALA BATAS: Dua rakan maut selepas kenderaan dinaiki bersama empat yang lain terbabas dan melanggar pokok di Jalan Penaga, dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, Mohammad Fakhrullah Abd Rahim, 19, dan Nor Farisha Manarni Omar, 22, meninggal dunia akibat cedera parah pada badan dan kepala.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata lapan anggota bersama satu jentera tiba di lokasi pada jam 3.44 pagi bagi membantu mengeluarkan mangsa.
"Sebaik tiba, kita mendapati enam mangsa berada dalam kereta jenis Proton Iswara yang remuk akibat terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan.
"Kita mengambil masa kira-kira hampir satu jam bagi mengeluarkan mangsa dan dua daripada mereka dilaporkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) bagi pemeriksaan lanjut dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Thus Article Dua maut kenderaan terbabas
Itulah artikel Dua maut kenderaan terbabas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Dua maut kenderaan terbabas dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/dua-maut-kenderaan-terbabas.html
0 Response to "Dua maut kenderaan terbabas"
Catat Ulasan