Loading...

Ibu Meraung Tengok Jenazah Anak

Loading...
Ibu Meraung Tengok Jenazah Anak - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ibu Meraung Tengok Jenazah Anak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ibu Meraung Tengok Jenazah Anak
link : Ibu Meraung Tengok Jenazah Anak

Baca juga


Ibu Meraung Tengok Jenazah Anak


Meraung di sisi jenazah anak itulah yang di lakukan seorang ibu apabila anak gadis yang merupakan Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Sri Junjung, dekat sini, pagi tadi.

Ibu Arwah terpaksa di tenangkan oleh saudaranya di dalam van jenazah kerana tidak sanggup menahan pilu selepas melihat keadaan jenazah anaknya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Zarina, Siti Nur Ain Abdullah, mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata, ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan menghantar anak saudaranya, Ahmad Affiq Zulkefli, yang berusia enam tahun ke tadika.

Katanya, dalam perjalanan mangsa terlanggar motosikal di hadapannya sebelum dia dan anak saudaranya terjatuh ke laluan bertentangan.

“Kebetulan sebuah kereta Proton Iswara yang dipandu seorang peniaga berusia 62 melalui kawasan itu dan melanggar mangsa.

“Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal di tempat kejadian. Anak saudaranya turut cedera parah,” katanya.

Shamsul Amar berkata, Ahmad Affiq kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dekat sini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati keadaan jalan di lokasi kejadian basah selepas hujan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Eberita


Thus Article Ibu Meraung Tengok Jenazah Anak

Itulah artikel Ibu Meraung Tengok Jenazah Anak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ibu Meraung Tengok Jenazah Anak dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/ibu-meraung-tengok-jenazah-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ibu Meraung Tengok Jenazah Anak"

Catat Ulasan

Loading...