Loading...

Jejak Kasih Dengan 'Ibu Dari Neraka', Remaja Dibakar Dan Dibunuh Kejam

Loading...
Jejak Kasih Dengan 'Ibu Dari Neraka', Remaja Dibakar Dan Dibunuh Kejam - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jejak Kasih Dengan 'Ibu Dari Neraka', Remaja Dibakar Dan Dibunuh Kejam, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jejak Kasih Dengan 'Ibu Dari Neraka', Remaja Dibakar Dan Dibunuh Kejam
link : Jejak Kasih Dengan 'Ibu Dari Neraka', Remaja Dibakar Dan Dibunuh Kejam

Baca juga


Jejak Kasih Dengan 'Ibu Dari Neraka', Remaja Dibakar Dan Dibunuh Kejam


BUKTI mengerikan, itulah hakikat yang dikeluarkan hasil siasatan pihak polis berhubung penyatuan semula seorang remaja perempuan bersama ibu kandungnya di Missouri.

Jejak kasih yang diharapkan bertukar kejam apabila dia sebaliknya diseksa, dipaksa merangkak di kandang babi,lukanya digosok dengan garam dan akhirnya dibunuh serta dibakar bagi menghilangkan bukti.

Si ibu dari neraka Rebecca Raud, 39, ditahan oleh pihak polis Ozark Country berhubung jenayah yang dilakukannya terhadap Savannah Leckie, anak perempuannya.

Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh pihak polis, anaknya sebelum itu dijaga oleh bekas suaminya, 16 tahun sebelum diserahkan kembali kepada Ruud atas masalah rumahtangga suami beliau.


Si ibu dari neraka Rebecca Raud, 39, ditahan oleh pihak polis Ozark Country berhubung jenayah yang dilakukannya terhadap Savannah Leckie, anak perempuannya. - Foto AP

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, Ruud membuka bisnes keluarga dalam penghasilan sabun bersama Savannah, anak perempuannya itu yang bersekolah di rumah.

“Savannah hanya bersekolah di rumah dan langsung tidak bergaul dengan orang luar," nyata beliau.

Pihak polis mulai berasa curiga apabila Raud melaporkan bahawa anaknya telah melarikan diri dari rumah namun tiada sebarang tanda-tanda Savannah meninggalkan rumah.

Apabila polis tiba hari yang berikutnya, Ruud telahpun meninggalkan rumahnya bersama teman lelakinya, lebih 100 batu ke Summersville, Missouri dan melangsungkan perkahwinan pada hari yang sama pihak polis mengepung kawasan rumahnya.

Penyiasatan dilakukan secara teliti dimana pihak polis menjumpai kesan kebakaran dan tulang manusia yang dibakar menggunakan api bersuhu tinggi dipercayai menggunakan bahan kimia tertentu.

Mereka juga menjumpai sebuah kotak baju wanita berisi; rambut, pisau, pencincang daging dan dua botol berisi Sodium Hydroxide. Pihak polis yakin mereka berdepan dengan individu yang ingin menghapuskan bahan bukti jenayah terhadap Savannah.

Timbalan polis, Reed, percaya Ruud terlibat dalam plot pembunuhan Savannah dengan manghapuskan bahan bukti dengan membakarnya.

Ruud telah dibawa ke penjara Ozark County sejurus penyiasatan tersebut dilakukan dan disabit kesalahan atas pembunuhan tahap pertama dan kedua, mendera kanak-kanak perempuannya dan berusaha menyelindung jenayah yang dilakukan.

Individu yang terlibat secara langsung dalam aktiviti jenayah ini juga bakal dikenakan hukuman. Reed bakal dikenakan hukuman sampai mati, kata pihak polis dalam Ozark County Times.

Sumber: Washington Post via Astro Awani


Thus Article Jejak Kasih Dengan 'Ibu Dari Neraka', Remaja Dibakar Dan Dibunuh Kejam

Itulah artikel Jejak Kasih Dengan 'Ibu Dari Neraka', Remaja Dibakar Dan Dibunuh Kejam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jejak Kasih Dengan 'Ibu Dari Neraka', Remaja Dibakar Dan Dibunuh Kejam dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/jejak-kasih-dengan-ibu-dari-neraka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jejak Kasih Dengan 'Ibu Dari Neraka', Remaja Dibakar Dan Dibunuh Kejam"

Catat Ulasan

Loading...