Loading...

Jufazli dihujani rayuan derma selepas gurauan terima RM3 juta dari Umno

Loading...
Jufazli dihujani rayuan derma selepas gurauan terima RM3 juta dari Umno - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jufazli dihujani rayuan derma selepas gurauan terima RM3 juta dari Umno, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jufazli dihujani rayuan derma selepas gurauan terima RM3 juta dari Umno
link : Jufazli dihujani rayuan derma selepas gurauan terima RM3 juta dari Umno

Baca juga


Jufazli dihujani rayuan derma selepas gurauan terima RM3 juta dari Umno

 
Aktivis Sabah itu berkata beliau berdiam diri kerana dirinya diancam selepas menyertai DAP Jun lalu.


Jufazli-dana

PETALING JAYA: Gurauannya aktivis Sabah, Jufazli Shi Ahmad mahu berkongsi dana RM3 juta diterima daripada Umno dibalas dengan lebih seribu pesanan daripada orang ramai dalam masa kurang 24 jam selepas dimuat naik media sosial.

Jufazli berkata beliau tidak menyangka gurauan itu dipandang serius orang ramai sehingga ada yang merayu untuk mendapatkan dana tersebut bagi membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Malah ramai menghantar nombor akaun bank mereka.

“Ada yang merayu untuk bayar PTPTN, buat perniagaan, buat hantaran kahwin, macam-macam kemahuan mereka. Orang Umno sendiri pun ada yang minta,” katanya kepada FMT.

Jufazli berkata semuanya bermula selepas tuduhan beliau menerima dana RM3 juta daripada Umno.

Beliau yang lantang mengkritik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman turut dituduh berdiam diri selepas menyertai DAP Jun lalu.

Susulan dakwaan itu, beliau menjawab secara sinis menerusi Facebook dengan meminta orang ramai menghantar nombor bank akaun mereka sekiranya mahukan bantuan.

Jufazli berkata beliau kini dilihat tidak aktif mengkritik kerajaan kerana masih dalam tempoh bertenang selepas banyak menerima ugutan sejak menyertai DAP.

“Saya diam dalam gerak kerja bukan kerana dibayar Umno-BN,” katanya.

“Pergerakan saya susah sejak saya jadi ahli DAP.”

Katanya, sekiranya benar disogok wang RM3 juta, “sudah tentu saya ke luar negara”.

Jufazli berkata beliau terpaksa berada di Kuala Lumpur kerana bimbang keselamatannya di Sabah.

“Saya masih lagi dengan prinsip saya untuk menukar sistem pemerintahan Umno-BN di Sabah,” katanya.



Thus Article Jufazli dihujani rayuan derma selepas gurauan terima RM3 juta dari Umno

Itulah artikel Jufazli dihujani rayuan derma selepas gurauan terima RM3 juta dari Umno Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jufazli dihujani rayuan derma selepas gurauan terima RM3 juta dari Umno dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/jufazli-dihujani-rayuan-derma-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jufazli dihujani rayuan derma selepas gurauan terima RM3 juta dari Umno"

Catat Ulasan

Loading...