Loading...
Tajuk : 'Kalau Tak Puas Hati, Mari Berdepan Dengan Saya Khamis Ini' - Wan Ariff
link : 'Kalau Tak Puas Hati, Mari Berdepan Dengan Saya Khamis Ini' - Wan Ariff
'Kalau Tak Puas Hati, Mari Berdepan Dengan Saya Khamis Ini' - Wan Ariff
KUALA LUMPUR - Respon Aliff Aziz mengenai kenyataan sidang media Afifah yang mendakwa dia menjadi mangsa rancangan syarikat produksi itu mengundang rasa bengang teman lelaki Afifah, lapor mStar Online.
Wan atau nama sebenar, Wan Ariff Azhar, 24, menegaskan teman wanitanya itu bercakap benar dan berani bersumpah bahawa dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap Aliff.
"Afifah berani bersumpah dengan Al Quran bahawa dia tidak ada perasaan terhadap Aliff. Apa yang dilakukan adalah lakonan untuk hiburkan sikap keanak-anakan kamu (Aliff).
"Ya, dia buat kesalahan kerana benarkan kamu memegang tangannya tetapi dia sudah meminta maaf kepada isteri kamu. Kami ingin selesaikan isu ini dengan baik tetapi kamu pula mempersoalkannya," katanya mengulas kenyataan terbaru Aliff mendakwa Afifah mengarut dan tidak masuk akal.
Susulan kenyataan itu, Wan Ariff mencabar Aliff berdepan dengannya pada Khamis ini di set penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.
"Kalau tidak puas hati dengan kenyataan yang diberi, mari berdepan dengan saya seperti seorang lelaki. Saya akan berada di set penggambaran pada Khamis ini bagi menemani Afifah," katanya.
Sumber: The Reporter
Thus Article 'Kalau Tak Puas Hati, Mari Berdepan Dengan Saya Khamis Ini' - Wan Ariff
Itulah artikel 'Kalau Tak Puas Hati, Mari Berdepan Dengan Saya Khamis Ini' - Wan Ariff Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel 'Kalau Tak Puas Hati, Mari Berdepan Dengan Saya Khamis Ini' - Wan Ariff dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/kalau-tak-puas-hati-mari-berdepan.html
0 Response to "'Kalau Tak Puas Hati, Mari Berdepan Dengan Saya Khamis Ini' - Wan Ariff"
Catat Ulasan